Blog Rasmi

SMK Lepar Hilir

Doa Untuk MAS MH370

#DOAUNTUKMH370

Bantuan Khas Awal Persekolahan

Penyampaian Bantuan Khas Awal Persekolahan 2014 SMK Lepar Hilir Oleh ADUN Lepar YB Dato' Mohd. Shohaimi Bin Jusoh

Kursus Kepimpinan Organisasi Kelab Persatuan

Kursus Kepimpinan Organisasi Kelab Persatuan

Program Aku Nak Sihat

Program Aku Nak Sihat Pejabat Kesihatan Kuantan dan PPDA Kuantan di SMK Lepar Hilir 2013

Lawatan Penanda Aras ke SMK Seri Jengka 2013

Lawatan Penanda Aras ke SMK Seri Jengka 2013 Calon SPM dan PMR

KKTM Kuantan Industry Oriented Education Exhibition 2013

Lawatan Kerjaya Tingkatan 5L Ke KKTM

Kempen Jom Beli Dan Menang Koperasi SMKLH

Cabutan Bertuah Kempen Jom Beli Dan Menang Koperasi SMKLH

Pages

Thursday, October 31, 2013

Jadual Peperiksaan SPM 2013

Muat Turun Jadual Peperiksaan SPM 2013

 

PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2013
MAKLUMAT AM

Sila klik di sini.

 Download : Jadual Waktu SPM 2013, KLIK DI SINI
sumber : Lembaga Peperiksaan Malaysia

 

Artikel ini telah disiarkan pada 3/8/2013 dan akan menjadi entry utama hingga 31/10/2013 untuk kemudahan pelajar SMK Lepar Hilir membuat rujukan

Sunday, October 27, 2013

KALENDER SEKOLAH SESI 2014

KALENDER SEKOLAH SESI 2014

As-Salam dan Salam Sejahtera,
Takwim Sekolah bagi Sesi 2014 boleh dimuat-turun di sini.
Harap maklum




Saturday, October 19, 2013

BUKU PANDUAN PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

BUKU PANDUAN PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

SLIK KLIK LINK DI BAWAH

BUKU PANDUAN PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

Friday, October 18, 2013

Muat Turun Simulasi Keberhasilan Pemimpin Sekolah

Muat Turun Simulasi Keberhasilan Pemimpin Sekolah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada semua rakan-rakan guru SMK Lepar Hilir diminta agar  semua guru boleh ambil dan isi maklumat berikut:  
    

Sekian  terima kasih.Sila klik Download 

Pesanan daripada GPK PENTADBIRAN SMK LEPAR HILIR 

Download Simulasi Keberhasilan Guru 2013

Download Simulasi Keberhasilan Guru 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada semua rakan-rakan guru SMK Lepar Hilir diminta agar  semua guru boleh ambil dan isi maklumat berikut:  
    

Sekian  terima kasih.  Sila klik Download  

Pesanan daripada GPK PENTADBIRAN SMK LEPAR HILIR 

Download Simulasi Keberhasilan Guru Kuantan

Download Simulasi Keberhasilan Guru Kuantan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada semua rakan-rakan guru SMK Lepar Hilir diminta agar  semua guru boleh ambil dan isi maklumat berikut,,,    
    

Sekian  terima kasih.Sila klik  Download   

# PBPPP Simulasi Guru & GBK & GKMP (format excel, sila edit bahagian yang berkenaan).

Isi kandungan fail ini,
-untuk semua matapelajaran (kurikulum),
-untuk aktiviti kokurikulum
-bimbingan dan kaunseling
-instrumen keberhasilan

Arahan kepada guru:

1. Delete kelas yang tidak berkaitan, pastikan select yang paling kiri untuk delete:
2. Sila isi maklumat berkaitan yang bertanda warna kuning sahaja.


Pesanan daripada Puan Norilah Binti Adam, GPK PENTADBIRAN SMK LEPAR HILIR 

Thursday, October 17, 2013

CONTOH SOALAN SPM SEJARAH DAN SKEMA

CONTOH SOALAN SPM SEJARAH DAN SKEMA

Sila rujuk artikel di blog ini, klik di sini.

Nak Tahu Apa itu 1bestarinet?

Nak Tahu Apa itu 1bestarinet?



1BestariNet adalah projek yang diinisiatifkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan dilaksanakan dengan kerjasama YTL Communications. 

Di bawah projek ini, sebanyak 10,000 buah sekolah rendah dan menengah di Malaysia akan dilengkapkan dengan akses internet berkelajuan tinggi 4G dan platform pembelajaran maya yang menyediakan sambungan Internet berkelajuan tinggi serta akses kepada Penyelesaian Pembelajaran Bersepadu

SMK Lepar Hilir turut menerima manfaat 1bestariNet ini. Projek ini akan melibatkan pemasangan prasarana internet berkelajuan tinggi sehinggga 10Mb/s menggunakan fiber optic.

Pembekal TELAH membina satu menara capaian tanpa wayar dengan liputan seluas 1 km radius. Mereka telah membina menara tersebut di hadapan Dewan Seri bestari sekolah. Manakala rangkaian di makmal-makmal ICT dan pusat akses akan dipasang dengan rangkaian  LAN yang dipertingkatkan.

Segala perisian serta aplikasi keselamatan akan dinaiktaraf bagi memastikan persekitaran yang selamat dan selesa buat pelajar dan guru.


Sekilas Pandang

Prestasi Schoolnet yang diperkenalkan pada tahun 2005 kurang memberangsangkan. Oleh itu, Kementerian Pelajaran Malaysia memperkenalkan satu platfom baru bagi menggantikan sistem rangkaian tersebut.

1bestarinet merupakan satu evolusi daripada rangkaian Schoolnet  yang tamat pada 2010. Sistem ini dijangka akan mula beroperasi sepenuhnya pada 2013 melibatkan 10 000 buah sekolah terpilih di seluruh negara. Rangkaian akan dipasang secara End to End (E2E) dengan liputan yang lebih luas.

Projek ini akan mengintergasikan semua yang berada dalam sistem pendidikan, termasuk ibu bapa serta komuniti. Sistem rangkaian ini akan menyediakan prasarana terbaik untuk mempromosikan perbelajaran secara maya kepada pelajar (Virtual Learning Environment).

Kontrak projek bernilai RM 1.5 billion ini telah dianugerahkan kepada syarikat YTL selama 5+5+5 tahun dalam usaha menyediakan infrastuktur canggih bagi mencapai matlamat NKRA pendidikan .

Maklumat rasmi projek 1bestarinet  akan dikemaskini dari masa ke semasa. Sila layari http://1bestarinet.net/




Bagaimanakah guru dan pelajar diberi sokongan sepanjang pelaksanaan projek 1BestariNet?





Laman Komuniti Frog dalam Frog VLE adalah satu ruang yang disediakan untuk memberi sokongan kepada guru-guru melalui penyediaan tutorial video, buku panduan latihan serta buku panduan pengguna yang dapat membantu mereka memahirkan diri dengan kemahiran baru Frog. 


Di Laman Komuniti Frog, guru-guru boleh mendapatkan idea-idea baru serta berkongsi amalan terbaik dan cerita-cerita kejayaan dengan bersambung dengan para pendidik lain di seluruh negara. Mereka juga boleh mencari kumpulan berdasarkan subjek yang diminati, atau membuat kumpulan sendiri, menjemput guru-guru lain untuk menyertai kumpulan, blog, menghantar mesej dan terlibat dalam forum. 

Lebih daripada itu, Laman Komuniti Frog turut menyediakan sumber dan material lain sebagai cabaran dan inspirasi untuk golongan pendidik.The Pond adalah portal pelajar yang boleh diakses melalui Frog VLE dan ia menyediakan sumber-sumber yang boleh dipelajari oleh Frog Student Champions dan membantu mereka untuk memacu penggunaan Frog VLE di kalangan sesama pelajar.

Tidak setakat itu, The Pond juga adalah ruangan untuk pelajar menyertai pertandingan, melayari pautan pendidikan, video, permainan dan tip-tip, serta mengetahui tentang perkembangan Juara Pelajar Lain di Wall of Fame. Sebagai tambahan, para pelajar boleh bersambung dengan rakan sebaya serta berkongsi idea dan menyatakannya di dalam The Voice, satu bahagian dalam The Pond yang memberi ruang untuk para pelajar mengemukakan pendapat mereka.




Friday, October 11, 2013

Salam Aidil Adha 1434 Hijrah 2013 Masihi

Salam Aidil Adha 1434 Hijrah 2013 Masihi


Dan bagi tiap-tiap umat, Kami syari`atkan ibadat menyembelih korban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka binatang-binatang ternak yang disembelih itu. Kerana Tuhan kamu semua ialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kamu tunduk taat kepadaNya dan sampaikanlah berita gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang tunduk taat.
 
Surah Al Hajj Ayat 34



Bermula dari pengorbanan cinta Siti Sarah, bertitiktolak dari pengorbanan kasih Siti Hajar...
Ibrahim a.s dan Ismail a.s menempa sejarah agung pengorbanan manusia yang tidak terbayangkan.

Di hari yang mulia ini, mari kita maknai dengan takbir, tahmid dan takbir...
Agar 'ruh' pengorbanan keluarga Ibrahim a.s mampu memutik 'ibrah...
Memarak semangat pengorbanan untuk agama tercinta ini.

Melangkah dengan ikhtiar yang mapan...
Beriring sangka baik dan kepasrahan yang tuntas kepada Ar Rahman..
Walau hakikatnya, kita terhijab dari mengetahui keberhasilannya di masa depan...
Kerana yang pasti hanya DIA Maha Mengetahui...
Hikmah yang mengintai di sebalik setiap ujian dan cabaran.

Di sebalik payah dan susah, pasti ada penghujung yang indah. Kepada ALLAH kita berserah, moga lelah hari ini akan berakhir kerehatan abadi...di Syurga ILAHI, ameen Ya Rabb.

Justeru, jangan sangsi dan ragu, tawakal dan redalah pada TUHANmu.

Monday, October 07, 2013

Program Aku Nak Sihat Pejabat Kesihatan Kuantan PPD Kuantan di SMK Lepar Hilir

Program Aku Nak Sihat Pejabat Kesihatan Kuantan PPD Kuantan di SMK Lepar Hilir



Program Aku Nak Sihat ini adalah anjuran  Pejabat Kesihatan Kuantan dengan PPD Kuantan - Unit PPdA telah diadakan di SMK Lepar Hilir pada 25 September, Rabu lalu di Dewan Seri Bestari. SMK Lepar Hilir telah dipilih menjadi tuan rumah program peringkat daerah ini. Terima kasih kepada semua pihak yang sudi menjayakan program ini. 



















Solat Hajat Perdana dan Tahlil PMR SPM SMK Lepar Hilir 2013

Solat Hajat Perdana dan Tahlil PMR SPM SMK Lepar Hilir 2013






Solat Hajat Perdana dan Tahlil di adakan di SMK Seri Lepar Hilir bertempat Surau SMK Lepar Hilir pada Hari Jumaat, 27/09/2013. Majlis bermula dari pukul 6.30 petang untuk pelajar-pelajar SMK Lepar Hilir yang akan menduduki PMR dan SPM tahun ini dengan kerjasama Kelab Mahasiswa Paya Besar (KMPB) dan Gabungan Pelajar Malaysia Semenanjung (GPMS).

Program ini berakhir lebih kurang pukul 10.30 malam. Terima kasih kami ucapkan kepada semua pihak yang menjayakan program ini.

Program Motivasi Pecutan Akhir Calon PMR Bersama Siswa UMP

Program  Motivasi Pecutan Akhir Calon PMR Bersama Siswa UMP



Program  Motivasi Pecutan Akhir Calon PMR Bersama Siswa UMP telah diadakan 2 minggu sebelum PMR bermula. Terima kasih diucapkan atas kerjasama semua pihak dalam menjayakan program ini. Kehadiran Encik Za'aber, Pengurus Felda Lepar Hilir 1 dan 4 bersama Pengerusi PIBG SMK Lepar Hilir, sangat dihargai.

Terima kasih kepada PERSIS Pembimbing Rakan Siswa Universiti Malaysia Pahang dan Kaunselor Pelajar UMP di atas kesudian mereka hadir mengadakan program ini. Smeoga jalinan di antara UMP dan SMK Lepar Hilir akan terus mekar pada masa-masa akan datang

Sambutan Kemerdekaan Malaysia Peringkat Sekolah SMK Lepar Hilir 2013

Sambutan Kemerdekaan Malaysia Peringkat Sekolah SMK Lepar Hilir 2013


Suara tuntutan kemerdekaan telah lama kedengaran. Malangnya setelah Jepun menyerah kalah pada 15 Ogos 1945 apabila Hiroshima dan Nagasaki dibom, penjajah Inggeris kembali ke Tanah Melayu dengan niat menjadikan Tanah Melayu sebagai sebuah koloni.  Begitulah sedikit sedutan sejaran kemerdekaan Malaysia.

SMK Lepar Hilir telah mengadakan sambutan Kemerdekaan Malaysia pada September lalu di Dewan Seri Bestari. Pelbagai aktiviti telah diadakan pada hari tersebut




Ceramah Klik Dengan Bijak SKMM Di SMK Lepar Hilir Gambang Kuantan

Ceramah Klik Dengan Bijak SKMM Di SMK Lepar Hilir Gambang Kuantan


Gambar Program Klik Dengan Bijak di SMK Lepar Hilir sempena Hari Koperasi SMK Lepar Hilir Jun lalu

Kebaikan jalur lebar memberi manfaat kepada saluran Internet yang mampu memperkasakan masyarakat berilmu selain menjadikan teknologi maklumat dan komunikasi atau Information and Communication Technologies (ICT) sebagai pemangkin minda negara. Internet menjadi komponen utama dalam kehidupan seharian dan penggunaannya akan bertambah pada masa akan datang. 

Sunday, October 06, 2013

MUAT TURUN DOKUMEN STANDARD PRESTASI TINGKATAN 2

MUAT TURUN DOKUMEN STANDARD PRESTASI TINGKATAN 2


Bahasa Melayu KLIK DI SINI


Bahasa Inggeris KLIK DI SINI


Bahasa Cina KLIK DI SINI


Matematik KLIK DI SINI


Sains KLIK DI SINI


Pendidikan Seni Visual KLIK DI SINI


Pendidikan Jasmani dan Kesihatan KLIK DI SINI


Pendidikan Islam KLIK DI SINI


Pendidikan Moral KLIK DI SINI


Pendidikan SiVik dan Kewarganegaraan KLIK DI SINI


Sejarah KLIK DI SINI


Geografi KLIK DI SINI


Kemahiran Hidup Bersepadu
          - 76: Kemahiran Teknikal KLIK DI SINI
          - 77: Ekonomi Rumah Tangga KLIK DI SINI
          - 78: Pertanian KLIK DI SINI
          - 79: Perdagangan Dan Keusahawanan KLIK DI SINI




Saturday, October 05, 2013

Tutorial Frog-vle Buatmu Guru

Tutorial Frog-vle Buatmu Guru 

 As-Salamualaikum dan selamat sejahtera. Di sini saya share bagaimana menggunkan online Learning Frog VLE. Sebelum ini admin ada memberi pengenalan kepada sistem FROG VLE, untuk mereka yang perlukan info dan rujukan tentang apakan FROG VLE, boleh rujuk di SINI. http://smk-leparhilir.blogspot.com/2013/10/nak-tahu-apa-itu-1bestarinet.html

Edaran ID dan password FROG telah diberi kepada guru SMK Lepar Hilir oleh Puan Mesliah Misron Guru Data . Penyerahan diberikan smeasa taklimat Simulasi Keberhasilan Guru oleh Puan Norilah Binti Adam, GPK Pentadbiran SMK Lepar Hilir seterusnya taklimat Frog-vle oleh Encik Azhar Awang Maharum, GPK HEM SMK Lepar Hilir. 

Program diadakan di Bilik Persidangan SMK Lepar Hilir pada pukul 3 petang Oktober lalu.

Walaubagaimanapun, para guru perlu masuk ke laman FROG terlebih dahulu untuk mendapat sedikit gambaran keseluruhan FROG.

 

Tutorial untuk pengguna admin.


Tutorial untuk pengguna guru.
 Video:


Tutorial untuk pengguna pelajar.