Blog Rasmi

SMK Lepar Hilir

Doa Untuk MAS MH370

#DOAUNTUKMH370

Bantuan Khas Awal Persekolahan

Penyampaian Bantuan Khas Awal Persekolahan 2014 SMK Lepar Hilir Oleh ADUN Lepar YB Dato' Mohd. Shohaimi Bin Jusoh

Kursus Kepimpinan Organisasi Kelab Persatuan

Kursus Kepimpinan Organisasi Kelab Persatuan

Program Aku Nak Sihat

Program Aku Nak Sihat Pejabat Kesihatan Kuantan dan PPDA Kuantan di SMK Lepar Hilir 2013

Lawatan Penanda Aras ke SMK Seri Jengka 2013

Lawatan Penanda Aras ke SMK Seri Jengka 2013 Calon SPM dan PMR

KKTM Kuantan Industry Oriented Education Exhibition 2013

Lawatan Kerjaya Tingkatan 5L Ke KKTM

Kempen Jom Beli Dan Menang Koperasi SMKLH

Cabutan Bertuah Kempen Jom Beli Dan Menang Koperasi SMKLH

Pages

Showing posts with label PMR. Show all posts
Showing posts with label PMR. Show all posts

Monday, October 07, 2013

Program Motivasi Pecutan Akhir Calon PMR Bersama Siswa UMP

Program  Motivasi Pecutan Akhir Calon PMR Bersama Siswa UMP



Program  Motivasi Pecutan Akhir Calon PMR Bersama Siswa UMP telah diadakan 2 minggu sebelum PMR bermula. Terima kasih diucapkan atas kerjasama semua pihak dalam menjayakan program ini. Kehadiran Encik Za'aber, Pengurus Felda Lepar Hilir 1 dan 4 bersama Pengerusi PIBG SMK Lepar Hilir, sangat dihargai.

Terima kasih kepada PERSIS Pembimbing Rakan Siswa Universiti Malaysia Pahang dan Kaunselor Pelajar UMP di atas kesudian mereka hadir mengadakan program ini. Smeoga jalinan di antara UMP dan SMK Lepar Hilir akan terus mekar pada masa-masa akan datang

Friday, September 27, 2013

Selamat menduduki Peperiksaan PMR anak-anak Lepar Hilir

Selamat menduduki Peperiksaan PMR anak-anak Lepar Hilir



Kepada anak-anak SMK Lepar Hilir yang bakal menempuh peperiksaan PMR  pada 2 Oktober 2013 ini. Doa kami iringi untuk anak-anak. 

Dua kerat pantun untuk kalian. Selamat Maju Jaya

Meluka tangan dahan semalu
Tertusuk pula dahan selumbar
Ujian Percubaan sudah berlalu
Hadapi pula peperiksaan sebenar 

Tertusuk pula dahan selumbar
Bertampal ubat daun kemuning
Hadapi pula peperiksaan sebenar
Dalam debar doa diiring

Thursday, September 19, 2013

Soalan Jangkaan PMR Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Geografi 2013

Soalan Jangkaan PMR Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Geografi 2013

 
Bahan bantu saat akhir menjelang PMR yang tinggal tak berapa hari saja lagi ni diusahakan oleh Majlis Guru Cemerlang Kebangsaan (MGCK) dengan kerjasama Kelas Cikgu Mariyam (KCM). 

Modul Sejarah Cakna Akademik PMR 2013 Negeri Kelantan

Modul Sejarah Cakna Akademik PMR 2013 Negeri Kelantan


 Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada calon PMR 2013, khususnya para pelajar SMK Lepar Hilir, semoga anda telah menyiapkan  bekalan secukupnya.  Pada entry ini saya kongsikan bahan Modul Cakna Akademik PMR 2013  yang boleh anda print out.
 

Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan melancarkan Modul Cakna Akademik PMR 2013 sebagai pendekatan baru bagi meningkatkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) sekolah di negeri tersebut. Pengarahnya Hussain Awang berkata modul itu merupakan satu daripada rujukan untuk guru melestari dan mendepani kecemerlangan akademik ke peringkat kebangsaan.


Contoh Soalan PMR Bahasa Melayu Kelantan Modul Cakna Akademik PMR 2013

Contoh Soalan PMR Bahasa Melayu Kelantan  Modul Cakna Akademik PMR 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada calon PMR 2013 dari SMK Lepar Hilir, semoga anda telah menyiapkan  bekalan secukupnya.  Pada entry ini saya kongsikan bahan Modul Cakna Akademik PMR 2013  yang boleh anda print out.
 

Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan melancarkan Modul Cakna Akademik PMR 2013 sebagai pendekatan baru bagi meningkatkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) sekolah di negeri tersebut. Pengarahnya Hussain Awang berkata modul itu merupakan satu daripada rujukan untuk guru melestari dan mendepani kecemerlangan akademik ke peringkat kebangsaan.


Friday, August 30, 2013

PEMBERIAN BUKU COUNTDOWN PMR OLEH FELDA

PEMBERIAN BUKU COUNTDOWN PMR OLEH FELDA



PEMBERIAN BUKU COUNTDOWN PMR OLEH FELDA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pemberian Buku Countdown PMR Oleh FELDA. Majlis penyerahan disampaikan oleh Puan Siti Mariam Binti Baharudin Pengetua SMK Lepar Hilir Gambang Kuantan. Majlis diadakan pada 23/8/2013, Jumaat lalu di Dataran SMK Lepar Hilir selepas Bacaan Yasin beramai-ramai.




Monday, May 27, 2013

TARIKH PEPERIKSAAN DALAMAN SMK NEGERI PAHANG 2013

TARIKH PEPERIKSAAN DALAMAN SMK NEGERI PAHANG 2013


Tarikh Peperiksaan Dalaman SMK Negeri Pahang Tahun 2013
Tingkatan 1 & 2 -  PBS
Peperiksaan Pertengahan Tahun
Percubaan/ Peperiksaan Akhir Tahun
Tingkatan 3
20  hingga 24.05.2013
29 Julai hingga 2.08.2013
Tingkatan 4
13 hingga 24 .05.2013
14 hingga 28.10.2013
Tingkatan 5
13 hingga 24.05.2013
12 hingga 27 .09.2013
·         Semua tarikh tersebut di atas tertakluk pada pindaan
Disediakan oleh:
Poobalan Manickam
Sektor Pengurusan Akademik


Sunday, March 03, 2013

Soalan Kerja Kursus Sejarah 21/2 PMR Tahun 2013

 Soalan Kerja Kursus Sejarah 21/2  PMR bagi tahun 2013

Dimaklumkan bahawa soalan Kerja Kursus Sejarah 21/2 dan Geografi 23/2 PMR bagi tahun 2013 sudah boleh dimuat turun dari laman web Lembaga Peperiksaan Malaysia. 

 . 21/2 : SEJARAH 2 2013

 Klik muat turun Soalan  Kerja Kursus Sejarah  di sini


PANDUAN PELAKSANAAN DAN PENILAIAN Klik di sini

Sumber; Website Sektor Pengurusan Akademik Pahang