Blog Rasmi

SMK Lepar Hilir

Pages

Saturday, March 09, 2013

LAWATAN KERJAYA KKTM MARA KUANTAN 2013

LAWATAN KERJAYA KKTM MARA KUANTAN 2013
Industry Oriented Education Exhibition 2013





 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Alhamdulillah SMK Lepar Hilir telah djemput hadir ke Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM Kuantan). SMK Lepar Hilir turut berpeluang diundang menghadiri Program  industry oriented education exhibition 2013 ini. Terima kasih kami ucapkan kepada pihak MARA.

 Seramai 37 pelajar Tingkatan 5 terdiri daripada tingkatan 5L dan 5M telah mengikuti program Pameran Pendidikan Industri Kerjaya 2013. 


Pameran terbuka kepada orang ramai, khususnya pelajar-pelajar sekolah menengah yang berada di Tingkatan 5. Para ibu bapa juga boleh datang ke KKTM Kuantan di KM 8, Jalan Gambang, Kuantan, Pahang.

Kepada lepasan SPM 2012, anda sangat digalakkan hadir ke pameran ini segera.
 
Pelbagai maklumat akan anda perolehi di sini. Halatuju pendidikan selepas SPM, biasiswa, peluang melanjutkan pelajaran ke oversea, aliran yang ditawarkan di KKTM seluruh negara seperti aliran seni lukis, aliran kemahiran, aliran robotiks, moulding  dan sebagainya  turut dijelaskan oleh para pensyarah KKTM yang berwibawa. Mereka akan entertain pertanyaan anda dengan sebaik-baiknya.








Gambar rombongan dari SMK Lepar Hilir turut ada dalam website KKTM dalam Program  Industry Oriented Education Exhibition 2013 For Day 1 ini. Sila klik di sini untuk melihat gambar
 

0 comments:

Post a Comment