Blog Rasmi

SMK Lepar Hilir

Doa Untuk MAS MH370

#DOAUNTUKMH370

Bantuan Khas Awal Persekolahan

Penyampaian Bantuan Khas Awal Persekolahan 2014 SMK Lepar Hilir Oleh ADUN Lepar YB Dato' Mohd. Shohaimi Bin Jusoh

Kursus Kepimpinan Organisasi Kelab Persatuan

Kursus Kepimpinan Organisasi Kelab Persatuan

Program Aku Nak Sihat

Program Aku Nak Sihat Pejabat Kesihatan Kuantan dan PPDA Kuantan di SMK Lepar Hilir 2013

Lawatan Penanda Aras ke SMK Seri Jengka 2013

Lawatan Penanda Aras ke SMK Seri Jengka 2013 Calon SPM dan PMR

KKTM Kuantan Industry Oriented Education Exhibition 2013

Lawatan Kerjaya Tingkatan 5L Ke KKTM

Kempen Jom Beli Dan Menang Koperasi SMKLH

Cabutan Bertuah Kempen Jom Beli Dan Menang Koperasi SMKLH

Pages

Friday, August 30, 2013

PEMBERIAN BUKU COUNTDOWN PMR OLEH FELDA

PEMBERIAN BUKU COUNTDOWN PMR OLEH FELDA



PEMBERIAN BUKU COUNTDOWN PMR OLEH FELDA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pemberian Buku Countdown PMR Oleh FELDA. Majlis penyerahan disampaikan oleh Puan Siti Mariam Binti Baharudin Pengetua SMK Lepar Hilir Gambang Kuantan. Majlis diadakan pada 23/8/2013, Jumaat lalu di Dataran SMK Lepar Hilir selepas Bacaan Yasin beramai-ramai.




Program Keselamatan Pelajar PaperMated di SMK Lepar Hilir Gambang

Program Keselamatan Pelajar PaperMated di SMK Lepar Hilir Gambang



Program Keselamatan Pelajar PaperMated telah diadakan di SMK Lepar Hilir Gambang pada Hari Selasa, 27 Ogos 2013.


Tuesday, August 27, 2013

SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA KE-56

SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA KE-56   

 'Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku' akan menjadi tema sambutan Hari Kemerdekaan negara yang ke-56 pada 31 Ogos tahun ini.


2013 juga istimewa kerana ia merupakan Sambutan Jubli Emas Hari Malaysia dan sempena itu, negeri Sabah dan Sarawak akan mengadakan pelbagai acara bagi memeriahkan sambutan ini.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai kesemua program dan aktiviti sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-56 dan Jubli Emas Hari Malaysia Ke-50 di laman web www.malaysiamerdeka.gov.my.

 

Sunday, August 25, 2013

GAMBAR MAJLIS PERPISAHAN ENCIK RAMLY GPK KOKO SMKLH GAMBANG

GAMBAR  MAJLIS PERPISAHAN ENCIK RAMLY GPK KOKO SMKLH KE SMV (PEND KHAS) KUANTAN

 
Tiap pertemuan pasti ada perpisahan. Itu adat, itu lumrah kehidupan. Begitulah rentetan perjalanan. Walau sukar untuk ditelan. Tapi kaki tetap mengorak jalan. Selagi hayat dikandung badan. Majlis Perpisahan Encik Ramly GPK Koko SMK Lepar Hilir telah diadakan apda 5 Julai 2013, pagi Jumaat yang mulia bulan lalu. Beliau telah bertukar ke SMV Pendidikan Khas Kuantan, Pahang. Hanya pada hari ini saya baru dapat upload gambar dan artikel ini .....


Sunday, August 18, 2013

Muat Turun Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 - KPM

Muat Turun Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 - KPM




Sila klik di sini

Friday, August 16, 2013

Selamat Kembali Ke Sekolah Wahai Anak-anak

Selamat Kembali Ke Sekolah Anak-anak dan Warga Pendidik


SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 

Selamat kembali ke sekolah kepada semua guru-guru yang dedikasi, pelajar-pelajar dan juga kepada semua ibu bapa yang prihatin memilih pendidikan terbaik buat anak-anak untuk kejayaan dunia dan akhirat.

Setelah kita bercuti selama dua minggu sempena Cuti Pertengahan Penggal 2 dan Cuti Hari Raya Aidilfitri, maka pada Isnin ini 19 Ogos 2013,  semua warga pendidik dan anak-anak didik SMK Lepar Hilir  akan kembali ke sekolah. Justeru itu saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat kembali bertugas kepada semua guru dan selamat kembali belajar kepada semua pelajar. 



Tidak terlewat rasanya untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin kepada semua warga sekolah.

 



Kepada semua pelajar, sesungguhnya belajar adalah tugas anda dan tanggungjawab anda. Sekiranya tugas guru mengajar, tugas ibu bapa anda mencari nafkah (bekerja), maka tugas anda hanyalah belajar.


 Belajar adalah satu proses untuk melahirkan seorang insan yang terdidik bagi memastikan anda menjadi individu yang mempunyai keseimbangan sama ada dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Dengan modal JERI itulah nanti yang akan menjadikan anda sebagai insan yang bermodal, dan seterusnya menjadi pewaris kepada kesinambungan kemakmuran negara.



Cuti yang agak lama (2 minggu) sudah tentu menjadikan catatan diari kita semakin panjang kerana banyak cerita....cerita panjang, cerita pendek, cerita berbingkai dan pelbagai genre lain yang telah kita lalui sepanjang cuti yang lalu. 



Walau bagaimana seronok, suka dan dukanya anda sepanjang cuti yang lalu, namun saya berharap semua pelajar sedar bahawa semalam adalah sejarah, hari ini ialah realiti dan esok adalah harapan dan terbentang masa depan anda yang belum pasti lagi. Oleh itu sama-samalah kita memantapkan persiapan kita untuk mengharungi esok tadi, khususnya dalam mempersiapkan diri dalam menghadapi peperiksaan PMR, SPM dan peperiksaan akhir tahun.



Kepada calon PMR, saya ucapkan semoga anda telah dapat mengukur kekuatan diri dan kelemahan diri anda semasa Percubaan PMR tempoh hari.  Selepas ini guru-guru akan berbincang mengenai hasil pencapaian anda. Keputusan peperiksaan percubaan PMR adalah kayu ukur untuk mengesan sejauh manakah kemampuan anda. Refleksilah diri anda dan buatlah penjajaran strategi bagi memastikan anda benar-benar telah bersedia untuk melakar kejayaan dalam peperiksaan PMR nanti.

Calon-calon PMR pula pastinya akan sebuk mengikuti pelbagai program Pecutan Akhir seperti yang telah diaturkan oleh KB dan panitia-panitia mata pelajaran. Juga inshaAllah akan juga diadakan Program Motivasi untuk anda oleh UBK.

Jadikanlah semua program yang dijalankan oleh pihak sekolah sebagai peluang dalam memantapkan persiapan sebelum PMR. Sekiranya persiapan anda masih belum mantap untuk menduduki PMR, anda sebenarnya masih belum terlewat, kerana setiap saat adalah di dalamnya kesempatan. Selagi PMR belum bermula, selagi itulah masa dan ruang masih ada.

 





Minggu pertama selepas cuti raya adalah minggu yang sangat sebuk bagi guru-guru dan semua murid. Bagi calon SPM peperiksaan percubaan SPM InshaAllah akan dijalankan pada akhir Ogos 2013 ini., dan selepas ini guru-guru akan berbincang mengenai hasil pencapaian anda.


 Keputusan peperiksaan percubaan SPM adalah kayu ukur untuk mengesan sejauh manakah kemampuan anda. Refleksilah diri anda dan buatlah penjajaran strategi bagi memastikan anda benar-benar telah bersedia untuk melakar kejayaan dalam peperiksaan SPM nanti.

Sementara itu bagi semua murid tingkatan 1, 2 dan 4, anda sepatutnya turut sIbuk dalam mempersiapkan diri sebelum peperiksaan akhir tahun. Para guru sudah tentulah pada minggu ini dan seterusnya berusaha mempersiapkan anda untuk menduduki peperiksaan.

 Kesimpulannya kita semua sIbuk dengan banyak tugas dan perkara yang perlu diselesaikan...hakikatnya inilah yang dinamakan sebagai Kesibukan Profesional. Janganlah selepas ini anda menyebuk pula di bilik disiplin dengan menambah kesibukan Unit HEM kerana mengambil terpaksa mengambil tindakan disiplin ke atas salah laku anda. Atau jangan pula anda menyebuk di bilik Kaunseling, untuk menokok kesibukan kaunselor yang terpaksa memperuntukkan masa untuk menasihati anda atas kesalahan yang anda lakukan.
Sekian catatan untuk kali ini, selamat belajar.

Monday, August 05, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1434H

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1434H

Buat Semua Warga SMK Lepar Hilir










Selamat Hari Raya Aidilfitri 1434H

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 1434H  kepada semua warga SMK Lepar Hilir, gambang, Kuantan, Pahang khususnya para PELAJAR, GURU-GURU , IBU BAPA dan KAKITANGAN sekolah. Semoga Hari Raya kali ini disambut dengan penuh kesyukuran dan sederhana. 

Pesanan kami kepada pelajar-pelajar, jangan main mercun, siapkan kerja sekolah  dan berhati-hati di jalanraya. Selamat Pulang ke kampung halaman masing-masing dan sampai dengan selamat. Jangan lupa kembali ke sekolah pada 19 Ogos 2013.

Ambillah kesempatan ini untuk menguatkan lagi keimanan kepada Allah S.W.T dan usahlah putus-putus meminta doa kepada-Nya agar bekalan hidup di akhirat nanti menjadi saksi atas amal perbuatan kita di dunia. Semoga amal ibadah dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa. 

DI sini juga kami ingin memohon maaf jika ada salah silap kami . Semoga di Syawal ini Allah merahmati seluruh umatNya. 

Amin Ya Rabbal Alamin











Sunday, August 04, 2013

MAJLIS IFTAR BUKA PUASA DAN SOLAT HAJAT PERDANA SPM PMR

MAJLIS IFTAR BUKA PUASA DAN SOLAT HAJAT PERDANA SPM PMR



Majlis Berbuka Puasa Sekolah












Majlis Khatam Al-Quran SMK Lepar Hilir, Gambang, Kuantan 2013

Majlis Khatam Al-Quran SMK Lepar Hilir, Gambang, Kuantan 2013



Bulan Ramadhan menjadi titik permulaan kepada langkah mendidik dan melatih murid-murid untuk terus mendekati dan memahami isi kandungan dalam Al-Quran. Majlis Khatam Al-Quran yang diadakan ini bertujuan untuk  meneruskan konsep dan budaya cinta Al-Quran dalam kalangan generasi muda. Di samping itu, ia adalah untuk meraikan kejayaan guru-guru menamatkan program tadarus yang diadakan sepanjang Bulan Ramadhan di sekolah. 

 Majlis Khatam Al-Quran SMK Lepar Hilir, Gambang, Kuantan 2013 telah diadakan pada Hari Khamis ‎1 ‎August, ‎2013, ‏‎7.30 AM.

Pelbagai aktiviti program Ihya’ Ramadan seperti tazkirah , tadarrus dan lain-lain telah dilaksanakan. Majlis Khatam Al-Quran merupakan kesinambungan daripada program tadarrus al Quran yang diadakan oleh guru-guru dan pelajar.


OBJEKTIF
1. Memupuk budaya cintakan al Quran.
2. Menghidupkan syiar Ramadan.
3. Berdoa memohon kerahmatan Allah SWT.
4. Menyemarakkan majlis-majlis berunsur keislaman.
5. Merapatkan silaturrahim di kalangan warga sekolah.












Saturday, August 03, 2013

Penyediaan Video e-Guru dan Portal e-Guru Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Penyediaan Video e-Guru dan Portal e-Guru Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Pengumuman Penyediaan Video e-Guru dan Portal e-Guru Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Guru Yang Dicerap


Surat ini bertujuan untuk memaklumkan bahawa mulai dari 10 April 2013, portal e-Guru KPM yang merupakan perpustakaan maya bagi koleksi video e-Guru dapat diakses secara atas talian dengan melayari URL: pnp.moe.edu.my/eguru

Video e-Guru adalah video Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) berlandaskan Standard 4 SKPM 2010, suatu standard bagi menilai keberkesanan PdP guru yang dicerap. Setiap video e-Guru menunjukkan dengan jelas pelbagai kemahiran pedagogi guru dalam bilik darjah sebenar yang boleh dijadikan contoh dan panduan bagi menambah baik PdP guru.
 
Untuk maklumat lanjut, sila muat turun surat makluman di bawah.

 Muat Turun Surat makluman video eguru


Sumber; Website KPM






Thursday, August 01, 2013

MESYUARAT AGUNG KOPERASI SMK LEPAR HILIR 2013

MESYUARAT AGUNG KOPERASI SMK LEPAR HILIR 2013

 Mesyuarat Agung Koperasi SMK Lepar Hilir 2013.


 Agihan duit raya selepas Mesyuarat Agung Koperasi SMK Lepar Hilir 2013.

Mesyuarat Agung Koperasi SMK Lepar Hilir 2013 telah diadakan pada 25 Julai 2013, Khamis lalu di Dewan Seri Bestari. 
Mesyuarat dipengerusikan oleh Puan Siti Mariam Bt Baharudin, Pengetua SMK Lepar Hilir.

Koperasi sekolah merupakan salah satu daripada kegiatan ko-kurikulum yang terdapat di sekolah menengah. Penubuhannya perlu dilihat oleh pengetua dalam banyak sudut dan bukan sebagai pusat pembelian peralatan sekolah sahaja. Skop dan ruang sumbangan koperasi sekolah amat luas dan kejayaannya memenuhi kehendak dan keperluan anggotanya adalah kejayaan bersama.

Sebagai salah satu daripada fungsi koperasi berdaftar di Malaysia, matlamat penubuhan koperasi sekolah mampu mewujudkan persekitaran yang sihat terhadap pembangunan koperasi.


 Matlamat ini tidak akan tercapai tanpa penglibatan pengetua yang benar-benar memahami, menghayati dan melaksanakan ideologi koperasi. Kepentingan ini telah disuarakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam kertas kerjanya ‘Ke Arah Memantapkan Pengurusan Koperasi Sekolah’ semasa Perayaan Hari Koperasi Sekolah (PHKS) tahun 2002.

 Empat perkara pokok yang perlu ada untuk memastikan pengurusan koperasi berjalan dengan baik dan berkesan untuk warga koperasi sekolah merangkumi:

a. Penghayatan terhadap matlamat penubuhan koperasi sekolah;
b. Memahami dan menghayati jati diri koperasi, tadbir urus koperasi dan perundangan koperasi;
c. Melaksanakan peranan, hak, tanggungjawab dan kewajipan; dan
d. Amalan demokrasi dalam melaksanakan dasar pembangunan koperasi sekolah.





































Penyelarasan Pemakaian Nama ‘Kementerian Pendidikan Malaysia’

Makluman Penyelarasan Pemakaian Nama ‘Kementerian Pendidikan Malaysia’ Bagi Papan Tanda Bangunan, Papan Tunjuk Arah Serta Kenderaan Jabatan

 

Makluman Penyelarasan Pemakaian Nama ‘Kementerian Pendidikan Malaysia’ Bagi Papan Tanda Bangunan, Papan Tunjuk Arah Serta Kenderaan Jabatan

Salam Sejahtera YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,
 
Bersama-sama ini ini disertakan Surat Makluman Penyelarasan Pemakaian Nama ‘Kementerian Pendidikan Malaysia’ Bagi Papan Tanda Bangunan, Papan Tunjuk Arah Serta Kenderaan Jabatan yang berkaitan untuk makluman dan tindakan selanjut pihak YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Datin/tuan/puan.
 
Sekian, terima kasih.


Muat Turun:

 Makluman Penyelarasan Pemakaian Nama ‘Kementerian Pendidikan Malaysia’ Bagi Papan Tanda Bangunan, Papan Tunjuk Arah Serta Kenderaan Jabatan

Sumber; Website KPM