Blog Rasmi

SMK Lepar Hilir

Pages

Thursday, August 01, 2013

MESYUARAT AGUNG KOPERASI SMK LEPAR HILIR 2013

MESYUARAT AGUNG KOPERASI SMK LEPAR HILIR 2013

 Mesyuarat Agung Koperasi SMK Lepar Hilir 2013.


 Agihan duit raya selepas Mesyuarat Agung Koperasi SMK Lepar Hilir 2013.

Mesyuarat Agung Koperasi SMK Lepar Hilir 2013 telah diadakan pada 25 Julai 2013, Khamis lalu di Dewan Seri Bestari. 
Mesyuarat dipengerusikan oleh Puan Siti Mariam Bt Baharudin, Pengetua SMK Lepar Hilir.

Koperasi sekolah merupakan salah satu daripada kegiatan ko-kurikulum yang terdapat di sekolah menengah. Penubuhannya perlu dilihat oleh pengetua dalam banyak sudut dan bukan sebagai pusat pembelian peralatan sekolah sahaja. Skop dan ruang sumbangan koperasi sekolah amat luas dan kejayaannya memenuhi kehendak dan keperluan anggotanya adalah kejayaan bersama.

Sebagai salah satu daripada fungsi koperasi berdaftar di Malaysia, matlamat penubuhan koperasi sekolah mampu mewujudkan persekitaran yang sihat terhadap pembangunan koperasi.


 Matlamat ini tidak akan tercapai tanpa penglibatan pengetua yang benar-benar memahami, menghayati dan melaksanakan ideologi koperasi. Kepentingan ini telah disuarakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam kertas kerjanya ‘Ke Arah Memantapkan Pengurusan Koperasi Sekolah’ semasa Perayaan Hari Koperasi Sekolah (PHKS) tahun 2002.

 Empat perkara pokok yang perlu ada untuk memastikan pengurusan koperasi berjalan dengan baik dan berkesan untuk warga koperasi sekolah merangkumi:

a. Penghayatan terhadap matlamat penubuhan koperasi sekolah;
b. Memahami dan menghayati jati diri koperasi, tadbir urus koperasi dan perundangan koperasi;
c. Melaksanakan peranan, hak, tanggungjawab dan kewajipan; dan
d. Amalan demokrasi dalam melaksanakan dasar pembangunan koperasi sekolah.





































0 comments:

Post a Comment