Blog Rasmi

SMK Lepar Hilir

Doa Untuk MAS MH370

#DOAUNTUKMH370

Bantuan Khas Awal Persekolahan

Penyampaian Bantuan Khas Awal Persekolahan 2014 SMK Lepar Hilir Oleh ADUN Lepar YB Dato' Mohd. Shohaimi Bin Jusoh

Kursus Kepimpinan Organisasi Kelab Persatuan

Kursus Kepimpinan Organisasi Kelab Persatuan

Program Aku Nak Sihat

Program Aku Nak Sihat Pejabat Kesihatan Kuantan dan PPDA Kuantan di SMK Lepar Hilir 2013

Lawatan Penanda Aras ke SMK Seri Jengka 2013

Lawatan Penanda Aras ke SMK Seri Jengka 2013 Calon SPM dan PMR

KKTM Kuantan Industry Oriented Education Exhibition 2013

Lawatan Kerjaya Tingkatan 5L Ke KKTM

Kempen Jom Beli Dan Menang Koperasi SMKLH

Cabutan Bertuah Kempen Jom Beli Dan Menang Koperasi SMKLH

Pages

Monday, March 18, 2013

KEPUTUSAN SPM 2012 PADA HARI KHAMIS, 21 MAC 2013

KEPUTUSAN SPM 2012 PADA HARI KHAMIS, 21 MAC 2013




KENYATAAN AKHBAR
 
KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)
TAHUN 2012
 
Majlis Pengumuman Analisis Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 akan diadakan pada hari Khamis, 21 Mac 2013 pada jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.


Peperiksaan bertulis SPM 2012 telah diadakan dari 5 November hingga 6 Disember 2012. Seramai 472,541 orang calon telah menduduki SPM di 3,590 buah pusat peperiksaan di seluruh negara. Seramai 30,239 orang petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar dan keputusan dapat diumumkan seperti dijadualkan.


Butiran calon adalah seperti jadual di bawah:


Bil
Jenis Calon
Jumlah Calon
1.
Calon Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
415,530
2.
Calon Sekolah di bawah Agensi Kerajaan selain Kementerian Pelajaran (contoh : MRSM)
7,708
3.
Calon Sekolah Menengah Agama Negeri
7,946
4.
Calon Sekolah Swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran
11,309
5.
Calon Sekolah Menengah Agama Rakyat
28,148
6.
Calon Persendirian
1,900
Jumlah Besar
472,541

Calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama, manakala calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos.


Calon-calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM 2012 melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 21 Mac 2013 dan akan ditamatkan pada 11.59 malam, 27 Mac 2013.



Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia
14 Mac 2012
 
Sumber; Website KPM











Sunday, March 10, 2013

KURSUS KEPIMPINAN PENGURUSAN ORGANISASI PASUKAN PAKAIAN SERAGAM DAN PERSATUAN/ KELAB SMK LEPAR HILIR 2013

KURSUS KEPIMPINAN PENGURUSAN ORGANISASI PASUKAN PAKAIAN SERAGAM DAN PERSATUAN/ KELAB SMK LEPAR HILIR 2013

















Unit Kokurikulum SMK Lepar Hilir telah mengadakan Program Kursus Kepimpinan Pengurusan Organisasi Pasukan Pakaian Seragam dan Persatuan Kelab.

 Kursus Kepimpinan ini bermula pada pukul 8.20 pagi Hari Jumaat, 8 Mac 2013 di Dewan Bestari, SMK Lepar HilirSelepas pendaftran, para pelajar mendengar Ceramah bertajuk Pemimpin  Organisasi Yang Cemerlang. Ceramah disampaikan oleh Guru Bimbingan Kaunseling SMK Lepar Hilir, Puan Asma' bermula pukul 8.50 hingga 10.20 pagi.

Selepas rehat, Slot kedua diisi dengan Penyampaian Ceramah Cara Menyediakan Minit Mesyuarat dan laporan aktiviti. Ceramah disampaikan oleh Encik Mizam, Guru Bimbingan Kaunseling SMK Lepar Hilir bermula pukul 10.40 hingga 11.45 pagi.

Pada sebelah petang, para pelajar bertolak dari SMK Lepar Hilir pada pukul 3 lebih petang hari Jumaat dengan menaiki bas ke Pusat Kokurikulum Sultan Haji Ahmad Shah di Kuantan, Pahang.

Pelbagai aktiviti diadakan di Pusat Kokurikulum berkenaan. Antaranya Ceramah Motivasi dan pelbagai aktiviti lasak. Semua aktiviti ini bagi mengukuhkan lagi kemahiran tebat diri kepimpinan para pelajar.

Semua guru SMK Lepar Hilir turut memberi sokongan padu kepada program ini.

Kesimpulannya, program kepimpinan sebegini sangat bermanfaat bagi membina keyakinan diri pelajar dan menggilap bakat kepimpinan para peserta.


Saturday, March 09, 2013

LAWATAN KERJAYA KKTM MARA KUANTAN 2013

LAWATAN KERJAYA KKTM MARA KUANTAN 2013
Industry Oriented Education Exhibition 2013





 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Alhamdulillah SMK Lepar Hilir telah djemput hadir ke Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM Kuantan). SMK Lepar Hilir turut berpeluang diundang menghadiri Program  industry oriented education exhibition 2013 ini. Terima kasih kami ucapkan kepada pihak MARA.

 Seramai 37 pelajar Tingkatan 5 terdiri daripada tingkatan 5L dan 5M telah mengikuti program Pameran Pendidikan Industri Kerjaya 2013. 


Pameran terbuka kepada orang ramai, khususnya pelajar-pelajar sekolah menengah yang berada di Tingkatan 5. Para ibu bapa juga boleh datang ke KKTM Kuantan di KM 8, Jalan Gambang, Kuantan, Pahang.

Kepada lepasan SPM 2012, anda sangat digalakkan hadir ke pameran ini segera.
 
Pelbagai maklumat akan anda perolehi di sini. Halatuju pendidikan selepas SPM, biasiswa, peluang melanjutkan pelajaran ke oversea, aliran yang ditawarkan di KKTM seluruh negara seperti aliran seni lukis, aliran kemahiran, aliran robotiks, moulding  dan sebagainya  turut dijelaskan oleh para pensyarah KKTM yang berwibawa. Mereka akan entertain pertanyaan anda dengan sebaik-baiknya.


Tuesday, March 05, 2013

PELANCARAN MINGGU ANTI DADAH 2013 PERINGKAT SEKOLAH

PELANCARAN MINGGU ANTI DADAH 2013 
PERINGKAT SEKOLAH SMK LEPAR HILIR
DAN PELANCARAN PERTANDINGAN KECERIAAN KELAS



Tarikh     :    4 hb. Mac 2013 (Isnin)
Masa       :    7.30 pagi
Tempat   :    Dewan Bestari, SMK Lepar Hilir, Felda Lepar Hilir 1, Gambang, Kuantan.

Majlis telah  disempurnakan oleh Pn. Siti Mariam Bt Baharudin,  Pengetua SMK Lepar Hilir, Felda Lepar Hilir 1, Gambang, Kuantan. 










Selain itu, Pelancaran Pertandingan Keceriaan Kelas 2013 SMK Lepar Hilir turut diadakan.

SEJARAH SMK LEPAR HILIR GAMBANG KUANTAN

SEJARAH SMK LEPAR HILIR GAMBANG KUANTAN



SEJARAH SMK LEPAR HILIR
 


Sekolah Menengah Kebangsaan Lepar Hilir atau nama ringkasnya SMK Lepar Hilir, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Lepar 1 Gambang.


Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Lepar Hilir memiliki 460 pelajar lelaki dan 471 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 931 orang. Ia mempunyai seramai 69 orang guru.2009

SMK Lepar Hilir dibina pada tahun 1989 di Felda Lepar Hilir 01 di bawah projek Bank Dunia.Perbelanjaan keseluruhan pembinaannya berilai hampir RM 2 juta.SMK Lepar Hilir dibina di atas kawasan seluas 28 ekar.Pada permulaannya kemudahan fizikalnya terdiri daripada blok bangunan A,blok bangunan B,sebuah bengkel KH,sebuah kantin dan 3 buah rumah guru.


Monday, March 04, 2013

KERJA KURSUS GEOGRAFI PMR 2013

KERJA KURSUS GEOGRAFI PMR 2013

23/2 : GEOGRAFI 2 2013 

 

Soalan Kerja Kursus Sejarah 21/2 dan Geografi 23/2 PMR bagi tahun 2013

 

Print PDF
Kerja Kursus PMR 2013
Kod 23/2
Matapelajaran GEOGRAFI
Kertas 2

Februari - Julai
Muat Turun  KERJA KURSUS

Sunday, March 03, 2013

Soalan Kerja Kursus Sejarah 21/2 PMR Tahun 2013

 Soalan Kerja Kursus Sejarah 21/2  PMR bagi tahun 2013

Dimaklumkan bahawa soalan Kerja Kursus Sejarah 21/2 dan Geografi 23/2 PMR bagi tahun 2013 sudah boleh dimuat turun dari laman web Lembaga Peperiksaan Malaysia. 

 21/2 : SEJARAH 2 2013

 Klik muat turun Soalan  Kerja Kursus Sejarah  di sini


PANDUAN PELAKSANAAN DAN PENILAIAN Klik di sini

Sumber; Website Sektor Pengurusan Akademik Pahang

Friday, March 01, 2013

PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK

PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK 



Pentaksiran Psikometrik (PPsi) ialah suatu kaedah yang digunakan secara sistematik untuk mengumpul maklumat yang menggambarkan tret psikologi.

Di SMK Lepar Hilir, Ujian Psikometrik ini telah dan sedang dijalankan oleh Guru Bimbingan Kaunseling SMK Lepar Hilir, Encik Mizam.

Pentaksiran Psikometrik

Suatu instrumen pentaksiran yang direkabentuk untuk mendapatkan maklumat kuantitatif tentang atribut-atribut (kapasiti atau keupayaan untuk bertindak balas, menstruktur atau menyusun pemikiran atau tingkah laku dalam suatu cara tertentu) psikologi yang terdapat dalam diri seseorang

  • Ujian untuk mengukur kebolehan semula jadi (innate ability) dan kebolehan yang diperoleh (acquired ability) daripada pengalaman dan persekitaran
  • Tidak berasaskan kurikulum dan pengajaran-pembelajaran
  • Kegunaan: Strategi Pengajaran-pembelajaran, Tujuan khusus / tertentu, Akauntabiliti dan Pengesanan
  • Dibangunkan atas nasihat pakar psikometrik dan ahli psikologi
  • Ditadbir mengikut keperluan, secara manual atau berkomputer oleh guru atau murid itu sendiri
  • Tidak melaporkan prestasi
  • Laporan dalam bentuk deskriptif