Blog Rasmi

SMK Lepar Hilir

Doa Untuk MAS MH370

#DOAUNTUKMH370

Bantuan Khas Awal Persekolahan

Penyampaian Bantuan Khas Awal Persekolahan 2014 SMK Lepar Hilir Oleh ADUN Lepar YB Dato' Mohd. Shohaimi Bin Jusoh

Kursus Kepimpinan Organisasi Kelab Persatuan

Kursus Kepimpinan Organisasi Kelab Persatuan

Program Aku Nak Sihat

Program Aku Nak Sihat Pejabat Kesihatan Kuantan dan PPDA Kuantan di SMK Lepar Hilir 2013

Lawatan Penanda Aras ke SMK Seri Jengka 2013

Lawatan Penanda Aras ke SMK Seri Jengka 2013 Calon SPM dan PMR

KKTM Kuantan Industry Oriented Education Exhibition 2013

Lawatan Kerjaya Tingkatan 5L Ke KKTM

Kempen Jom Beli Dan Menang Koperasi SMKLH

Cabutan Bertuah Kempen Jom Beli Dan Menang Koperasi SMKLH

Pages

Friday, June 28, 2013

Gambar Hari Kokurikulum SMK Lepar Hilir Part 1

Gambar Hari Koperasi dan Persatuan Kelab  SMK Lepar Hilir Part 1





Gambar Hari Koperasi SMK Lepar Hilir 2013.


Koperasi SMK Lepar Hilir, Gambang, Kuantan, Pahang Darul Makmur
telah mengadakan Hari Koperasi pada Rabu, 26 Jun 2013 ini. 

Pelbagai aktiviti menarik diadakan. 

Thursday, June 27, 2013

Selangkah ke PSS Bersama UMP

Selangkah ke PSS Bersama UMP




Program Selangkah ke PSS Bersama UMP telah diadakan pada Hari Selasa, 25 Jun 2013. 
Program diadakan di Dewan Seri Bestari SMK Lepar Hilir.

Monday, June 24, 2013

Terima kasih Kepada Site yang link back

Terima kasih Kepada Site yang link back



Terima kasih kepada Site yang link back blog SMK Lepar Hilir. Atas kerjasama yang diberikan oleh blog-blog ini, selain FB UBK SMK Lepar Hilir,  statistik pengunjung blog SMK Lepar Hilir pada hari ini meningkat.

Alhamdulillah hari ini saya berkesempatan mengupdate Blog SMK Lepar Hilir dan Blog Koko SMK Lepar Hilir.

Berdasarkan statistik Blog SMK Lepar Hilir pada Hari isnin, 24 Jun 2013, blog yang memberi link back kepada Blog SMK Lepar Hilir ini ialah :

http://gpkhemleparhilir.blogspot.com/

 http://ubksmkleparhilir.blogspot.com

 http://www.cikgukaunseling.com/

Semoga kewujudan Blog rasmi SMK Lepar Hilir, Gambang, Kuantan ini memberi faedah dan kebaikan kepada smeua pihak.

Sambutan Hari Koperasi SMK Lepar Hilir 2013

Sambutan Hari Koperasi SMK Lepar Hilir 2013


Koperasi SMK Lepar Hilir, Gambang, Kuantan, Pahang Darul Makmur
 akan mengadakan Hari Koperasi pada Rabu, 26 Jun 2013 ini. 

Pelbagai aktiviti menarik diadakan. 

Ceramah Isra' Mikraj SMK Lepar Hilir 2013

Ceramah Isra' Mikraj SMK Lepar Hilir 2013



Pada Hari Jumaat, 21/6/2013, Unit Bina Insan SMK Lepar Hilir telah menjemput Ustaz Mohd Sufian bin Majid dari KIPSAS untuk  menyampaikan Ceramah Isra' Mikraj.

Isi ceramah banyak memfokuskan kepada amalan dan balasan terhadap dosa-dosa yang telah dilakukan oleh manusia yang mana setiap balasan tersebut telah disaksikan sendiri oleh Rasulullah SAW dalam peristiwa Isra' dan Mi'raj.


Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada ustaz Sufian di atas kesudian beliau hadir ke SMK Lepar Hilir. Pihak SMK Lepar Hilir mengucapkan jutaan terima kasih buat Unit Bina Insan  kerana telah mengelolakan suatu pengisian buat memperingati peristiwa bersejarah dalam Islam iaitu Isra' dan Mi'raj.

Penyampaian Sijil Kokurikulum Kepada Atlet SMK Lepar Hilir

Penyampaian Sijil Kokurikulum Kepada Atlet SMK Lepar Hilir











Pada Hari Rabu, 20 Jun 2013, 
Unit Kokurikulum di bawah seliaan Encik Ramly selaku GPK Koko SMK Lepar Hilir telah menganjurkan Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan kepada para pelajar SMK Lepar Hilir yang telah mengharumkan nama sekolah.

 Sijil disampaikan oleh Puan Siti Mariam Baharudin, selaku Pengetua SMK Lepar Hilir.

Sijil disampikan kepada para pelajar SMK Lepar Hilir
 yang telah menjadi wakil sekolah sehingga ke peringkat Daerah dan Negeri dalam Sukan.

Pihak sekolah merasa bangga atas kejayaan yang dicapai oleh para pelajar
 SMK Lepar Hilir di arena sukan.

 Pada pukul 2 petang,  perjumpaan Kelab Beruniform diadakan bagi membincangkan aktiviti Hari Koko nanti.

Saturday, June 22, 2013

Program Motivasi Pak Engku Dengan Pelajar dan Ibubapa SMK Lepar Hilir


 Program Motivasi Pak Engku Dengan Pelajar  dan  Ibubapa     
SMK Lepar Hilir




Puan Siti Mariam Binti Baharudin, Pengetua SMK Lepar Hilir 
mengiringi Pak Engku atau nama penuh beliau, YM Raja Ismail bin Raja Shahadan 
AMN., PJK., Pengerusi Rumah Anak-anak Yatim Tengku Ampuan Fatimah Kuantan untuk menjamu selera di kantin SMK Lepar Hilir.
 


Tarikh : 20 Jun 2013 Julai 2010 Tempat : Dewan Bestari SMK Lepar Hilir Masa : 8.00 pagi - 10.20 pagi Penceramah : YM Raja Ismail bin Raja Shahadan AMN., PJK., Pengerusi Rumah Anak-anak Yatim Tengku Ampuan Fatimah



Pak Engku memaparkan video anak2 yatim di bawah jagaannya. Cerita tentang anak yatim. Beliau ada membuka sebuah rumah anak yatim. Di situ, ada anak yatim yang kehilangan ibu bapa akibat HIV.  Budak itu juga menghidap penyakit yang sama. 

Di rumah anak yatim Pak Engku, Ada yang cacat, kakinya kecil, tak boleh berjalan, semasa bayi, dia ditinggalkan oleh ibu bapanya di hospital. Pak Engku ambil dan dipelihara di rumah anak yatim tersebut. Sekarang, budak itu sudah berusia 18 tahun. Dia menggunakan kerusi roda


Saya dengan isteri pertama, ada 8 orang anak..” Kata Pak Engku.
“Jangan salah faham ye. Isteri saya ada 1 je ye! Now and forever!” Sambung beliau. (kitorang gelak je)


“Tapi, Allah dah amek anak pertama, kedua dan ketiga saya. Accident.” Saya mula sebak. Dalam kebahagiaan dan kejayaan beliau, rupanya, ada dugaan berat. :’)
“Dan, saya redha dgn Allah.” ^^






Haluan Kerja Pendidikan Merealisasikan Agenda Transformasi Negara

Haluan Kerja Pendidikan Merealisasikan Agenda Transformasi Negara




 




Tan Sri Abd. Ghafar b. Mahmud
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia


Haluan Kerja Pendidikan Merealisasikan Agenda Transformasi Negara

Ditulis oleh :
Tan Sri Abd. Ghafar b. Mahmud
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia


Judul: Haluan Kerja Pendidikan–Merealisasikan Agenda Transformasi Negara
Penulis: Dato’ Abd. Ghafar Mahmud, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Jumlah halaman: 124
Tahun terbitan: 2011
ISBN: 978-983-43018-3-5


Penerbit: Kementerian Pelajaran Malaysia
Pengurus penerbitan dan pengedaran: Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (Telefon: 03-83217010)




  Sebelum itu, boleh lihat terlebih dahulu apa isi kandungan buku tersebut di bawah ini. Antara isi kandungan ialah seperti MBMMBI, Program Transformasi pendidikan, 1 Malaysia dan lain lain lagi. Sesuai untuk jadi bahan rujukan dan simpanan guru samada untuk bacaan atau juga sebagai bahan untuk membuat tugasan.


Dato’ Abd. Ghafar menamatkan catatan gagasan pemikiran Haluan Kerja Pendidikan dengan pesanan ikhlas sebagai Ketua Perkhidmatan Pendidikan:

“Sesungguhnya kerja besar menterjemahkan agenda besar transformasi negara ini bukan alang kepalang beratnya dan bukan calang-calang orang mampu menyempurnakannya. Justeru kerja pendidikan ini melibatkan jutaan murid yang berlainan paras rupa dan berbeza usia, jutaan ibu bapa yang berlainan cita rasa, ribuan cendekiawan yang bijak bermain bahasa dan ribuan orang yang pandai berkata-kata, maka guru, pengurus guru dan ketua guru hendaklah sentiasa menjaga air muka, mengawal amarah rasa, menyantunkan kata bicara, dan sentiasa bersabar dalam kerja usaha.”




Jom sama-sama kita baca.




 Klik dan muat naik fail pdf berikut;

http://www.moe.gov.my/mbkm/uploads/haluan_kerja_pendidikan.pdf