Blog Rasmi

SMK Lepar Hilir

Doa Untuk MAS MH370

#DOAUNTUKMH370

Bantuan Khas Awal Persekolahan

Penyampaian Bantuan Khas Awal Persekolahan 2014 SMK Lepar Hilir Oleh ADUN Lepar YB Dato' Mohd. Shohaimi Bin Jusoh

Kursus Kepimpinan Organisasi Kelab Persatuan

Kursus Kepimpinan Organisasi Kelab Persatuan

Program Aku Nak Sihat

Program Aku Nak Sihat Pejabat Kesihatan Kuantan dan PPDA Kuantan di SMK Lepar Hilir 2013

Lawatan Penanda Aras ke SMK Seri Jengka 2013

Lawatan Penanda Aras ke SMK Seri Jengka 2013 Calon SPM dan PMR

KKTM Kuantan Industry Oriented Education Exhibition 2013

Lawatan Kerjaya Tingkatan 5L Ke KKTM

Kempen Jom Beli Dan Menang Koperasi SMKLH

Cabutan Bertuah Kempen Jom Beli Dan Menang Koperasi SMKLH

Pages

Showing posts with label Kokurikulum. Show all posts
Showing posts with label Kokurikulum. Show all posts

Saturday, January 30, 2016

MERENTAS DESA

LARIAN MERENTAS DESA SMKLH

Pada 29 Januari, bersamaan dengan hari Jumaat, satu program telah dijalankan di SMK Lepar Hilir iaitu Larian Merentas Desa 2016. Program ini telah melibatkan semua murid dan dikendalikan oleh pihak sekolah. Ianya merupakan salah satu aktiviti yang diwajibkan pada setiap tahun. Aktiviti ini adalah salah satu kategori yang termasuk dalam kiraan atau kutipan markah bagi sukan tahunan.

KEMASUKAN 10% MARKAH KOKURIKULUM PELAJAR SPM,STPM DAN STAM 2015


  • Selamat Datang ke Aplikasi Mengumpul Markah Kokurikulum
  • KEMASUKAN 10% MARKAH KOKURIKULUM PELAJAR SPM,STPM DAN STAM 2015





Selamat Datang ke Aplikasi Mengumpul Markah Kokurikulum
https://emkoko.moe.gov.my/


Bahagian Kokurikulum Dan Kesenian
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 3, Blok E9, Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya

No. Tel : 03 - 8872 1610
No. Fax : 03 - 8872 1608












Thursday, January 14, 2016

kelab rukun negara

kelab rukun negara


Kawad - Unit Beruniform

Program Orientasi Tingkatan 1 SMKLH 2016

Program Orientasi Tingkatan 1 SMKLH 2016

Pada 4hb dan 5hb Januari 2016, SMKLH telah menjalankan program orientasi pelajar tingkatan 1 bagi sesi 2016. Seramai 123 orang pelajar baru terlibat dalam program ini. Program ini telah dirasmikan oleh En Shaharin bin Abdullah, Pengetua SMKLH.





Program yang berlangsung selama dua hari ini telah dijayakan oleh Guru Bimbingan Kaunseling SMK Lepar Hilir dengan dibantu oleh Jawatankuasa Minggu Orientasi Tingkatan 1.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini adalah seperti taklimat Kurikulum oleh Pn Norilah binti Adam, GPK Kurikulum, taklimat Kokurikulum oleh Pn Hajah Hanisah binti Abdullah, GPK Kokurikulum.

Selain daripada itu, pelajar juga telah diberi peluang untuk mengenali antara satu sama lain melalui permainan dan aktiviti berkumpulan bersama rakan sekelas mereka sebelum melangkah ke alam pembelajaran sebenar di sekolah menengah. Aktiviti seperti lakonan telah dilaksanakan bersama-sama pelajar bagi membentuk kerjasama antara pasukan dan membiasakan diri mereka dengan rakan-rakan baru.

Aktiviti minggu orientasi telah berlangsung dengan jayanya dan semoga intipati program ini dapat membantu pelajar-pelajar tingkatan 1 untuk menyesuaikan diri dengan suasana baru di sekolah menengah.

Wassalam.


Thursday, March 13, 2014

Pelancaran Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas

Majlis Pelancaran Pertandingan Keceriaan Kelas SMK Lepar Hilir 2014




Pada Hari Isnin, 10/3/2014 telah diadakan Program Pelancaran Pertandingan Keceriaan Kelas 2014. Majlis telah dirasmikan boleh Puan Siti Mariam Bt Baharudin,Pengetua SMK Lepar Hilir Gambang Kuantan.












Wednesday, March 05, 2014

Kursus Pengurusan Organisasi Kelab Persatuan dan Badan Beruniform 2014

Kursus Pengurusan Organisasi Kelab Persatuan dan Badan Beruniform 2014 SMK Lepar Hilir Gambang Kuantan Pahang












Kursus Pengurusan Organisasi Kelab Persatuan dan Badan Beruniform 2014
SMK Lepar Hilir Gambang Kuantan Pahang Alhamdulillah telah selamat diadakan pada 21-22 Februari 2014. Program bermula seawal Pagi Jumaat dan berakhir pada 3.00 petang Sabtu 22 Februari 2014 di Pantai Sepat Kuantan Pahang.

Monday, November 04, 2013

HARI SUKAN SMK LEPAR HILIR 2013

HARI SUKAN SMK LEPAR HILIR 2013















HARI SUKAN SMK LEPAR HILIR 2013

 Sukan ialah segala kegiatan yang memerlukan kemahiran atau ketangkasan serta tenaga yang dilakukan sama ada sebagai acara pertandingan, hiburan atau untuk suka-suka bagi mengisi masa lapang atau untuk beriadah. Kerajaan telah mempekenalkan dasar 1Murid 1Sukan kerana menyedari kepentingan bersukan. Contoh aktiviti sukan yang agak popular kini ialah seperti olahraga, berenang, permainan bola sepak, tenis, badminton dan sebagainya.

SMK Lepar Hilir telah mengadakan Hari Sukan 2013 pada Hari Sabtu, 26 Oktober 2013.

Monday, October 07, 2013

Sambutan Kemerdekaan Malaysia Peringkat Sekolah SMK Lepar Hilir 2013

Sambutan Kemerdekaan Malaysia Peringkat Sekolah SMK Lepar Hilir 2013


Suara tuntutan kemerdekaan telah lama kedengaran. Malangnya setelah Jepun menyerah kalah pada 15 Ogos 1945 apabila Hiroshima dan Nagasaki dibom, penjajah Inggeris kembali ke Tanah Melayu dengan niat menjadikan Tanah Melayu sebagai sebuah koloni.  Begitulah sedikit sedutan sejaran kemerdekaan Malaysia.

SMK Lepar Hilir telah mengadakan sambutan Kemerdekaan Malaysia pada September lalu di Dewan Seri Bestari. Pelbagai aktiviti telah diadakan pada hari tersebut




Thursday, August 01, 2013

MESYUARAT AGUNG KOPERASI SMK LEPAR HILIR 2013

MESYUARAT AGUNG KOPERASI SMK LEPAR HILIR 2013

 Mesyuarat Agung Koperasi SMK Lepar Hilir 2013.


 Agihan duit raya selepas Mesyuarat Agung Koperasi SMK Lepar Hilir 2013.

Mesyuarat Agung Koperasi SMK Lepar Hilir 2013 telah diadakan pada 25 Julai 2013, Khamis lalu di Dewan Seri Bestari. 
Mesyuarat dipengerusikan oleh Puan Siti Mariam Bt Baharudin, Pengetua SMK Lepar Hilir.

Koperasi sekolah merupakan salah satu daripada kegiatan ko-kurikulum yang terdapat di sekolah menengah. Penubuhannya perlu dilihat oleh pengetua dalam banyak sudut dan bukan sebagai pusat pembelian peralatan sekolah sahaja. Skop dan ruang sumbangan koperasi sekolah amat luas dan kejayaannya memenuhi kehendak dan keperluan anggotanya adalah kejayaan bersama.

Sebagai salah satu daripada fungsi koperasi berdaftar di Malaysia, matlamat penubuhan koperasi sekolah mampu mewujudkan persekitaran yang sihat terhadap pembangunan koperasi.


 Matlamat ini tidak akan tercapai tanpa penglibatan pengetua yang benar-benar memahami, menghayati dan melaksanakan ideologi koperasi. Kepentingan ini telah disuarakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam kertas kerjanya ‘Ke Arah Memantapkan Pengurusan Koperasi Sekolah’ semasa Perayaan Hari Koperasi Sekolah (PHKS) tahun 2002.

 Empat perkara pokok yang perlu ada untuk memastikan pengurusan koperasi berjalan dengan baik dan berkesan untuk warga koperasi sekolah merangkumi:

a. Penghayatan terhadap matlamat penubuhan koperasi sekolah;
b. Memahami dan menghayati jati diri koperasi, tadbir urus koperasi dan perundangan koperasi;
c. Melaksanakan peranan, hak, tanggungjawab dan kewajipan; dan
d. Amalan demokrasi dalam melaksanakan dasar pembangunan koperasi sekolah.





































Thursday, June 27, 2013

Selangkah ke PSS Bersama UMP

Selangkah ke PSS Bersama UMP




Program Selangkah ke PSS Bersama UMP telah diadakan pada Hari Selasa, 25 Jun 2013. 
Program diadakan di Dewan Seri Bestari SMK Lepar Hilir.

Monday, June 24, 2013

Penyampaian Sijil Kokurikulum Kepada Atlet SMK Lepar Hilir

Penyampaian Sijil Kokurikulum Kepada Atlet SMK Lepar Hilir











Pada Hari Rabu, 20 Jun 2013, 
Unit Kokurikulum di bawah seliaan Encik Ramly selaku GPK Koko SMK Lepar Hilir telah menganjurkan Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan kepada para pelajar SMK Lepar Hilir yang telah mengharumkan nama sekolah.

 Sijil disampaikan oleh Puan Siti Mariam Baharudin, selaku Pengetua SMK Lepar Hilir.

Sijil disampikan kepada para pelajar SMK Lepar Hilir
 yang telah menjadi wakil sekolah sehingga ke peringkat Daerah dan Negeri dalam Sukan.

Pihak sekolah merasa bangga atas kejayaan yang dicapai oleh para pelajar
 SMK Lepar Hilir di arena sukan.

 Pada pukul 2 petang,  perjumpaan Kelab Beruniform diadakan bagi membincangkan aktiviti Hari Koko nanti.

Saturday, April 20, 2013

Perkhemahan Perdana Unit-unit Beruniform SMK Lepar Hilir 2013

Perkhemahan Perdana Unit-unit Beruniform 
SMK Lepar Hilir 2013

 Aktiviti Berkayak...wah semua nak mencuba. Masing-masing gembira sakan.




Taklimat keselamatan ketika berkayak oleh Cikgu talib dari SMK Jengka 2.
 Aktiviti berkayak pada hari kedua. 


 





 Solat berjamaah . Diimamkan oleh Cikgu Azwan









 Para pelajar mengangkat khemah untuk dikemaskan. Ini gambar hari terakhir. Pagi Ahad, 7 April 2013, para peserta sudah mula mengamas khemah masing-masing.


 Kak Long atau Cikgu Along dan team Pusat Koko Kuantan 
sedang duduk selepas tamat mengajar  berkayak kepada para perserta.
Kak Long dan kawan-kawan ramah melayani pertanyaan kami.
Mereka ini juga adalah bermula daripada seorang guru sebelum menjadi jurulatih di Pusat Kokurikulum Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan, Pahang.


 
Di Pintu masuk Pusat Kokurikulum Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan Pahang.








Cikgu Anisah dan Cikgu Rosanita sedang sibuk mencuci pinggan mangkuk.










Para peserta sedang menjamu selera.


Rotan dari asalnya.
Ini rotan yang diambil oleh Puan Rosanita semasa mengikuti kembara...




Sunday, March 10, 2013

KURSUS KEPIMPINAN PENGURUSAN ORGANISASI PASUKAN PAKAIAN SERAGAM DAN PERSATUAN/ KELAB SMK LEPAR HILIR 2013

KURSUS KEPIMPINAN PENGURUSAN ORGANISASI PASUKAN PAKAIAN SERAGAM DAN PERSATUAN/ KELAB SMK LEPAR HILIR 2013

















Unit Kokurikulum SMK Lepar Hilir telah mengadakan Program Kursus Kepimpinan Pengurusan Organisasi Pasukan Pakaian Seragam dan Persatuan Kelab.

 Kursus Kepimpinan ini bermula pada pukul 8.20 pagi Hari Jumaat, 8 Mac 2013 di Dewan Bestari, SMK Lepar HilirSelepas pendaftran, para pelajar mendengar Ceramah bertajuk Pemimpin  Organisasi Yang Cemerlang. Ceramah disampaikan oleh Guru Bimbingan Kaunseling SMK Lepar Hilir, Puan Asma' bermula pukul 8.50 hingga 10.20 pagi.

Selepas rehat, Slot kedua diisi dengan Penyampaian Ceramah Cara Menyediakan Minit Mesyuarat dan laporan aktiviti. Ceramah disampaikan oleh Encik Mizam, Guru Bimbingan Kaunseling SMK Lepar Hilir bermula pukul 10.40 hingga 11.45 pagi.

Pada sebelah petang, para pelajar bertolak dari SMK Lepar Hilir pada pukul 3 lebih petang hari Jumaat dengan menaiki bas ke Pusat Kokurikulum Sultan Haji Ahmad Shah di Kuantan, Pahang.

Pelbagai aktiviti diadakan di Pusat Kokurikulum berkenaan. Antaranya Ceramah Motivasi dan pelbagai aktiviti lasak. Semua aktiviti ini bagi mengukuhkan lagi kemahiran tebat diri kepimpinan para pelajar.

Semua guru SMK Lepar Hilir turut memberi sokongan padu kepada program ini.

Kesimpulannya, program kepimpinan sebegini sangat bermanfaat bagi membina keyakinan diri pelajar dan menggilap bakat kepimpinan para peserta.