Blog Rasmi

SMK Lepar Hilir

Pages

Saturday, January 30, 2016

MERENTAS DESA

LARIAN MERENTAS DESA SMKLH

Pada 29 Januari, bersamaan dengan hari Jumaat, satu program telah dijalankan di SMK Lepar Hilir iaitu Larian Merentas Desa 2016. Program ini telah melibatkan semua murid dan dikendalikan oleh pihak sekolah. Ianya merupakan salah satu aktiviti yang diwajibkan pada setiap tahun. Aktiviti ini adalah salah satu kategori yang termasuk dalam kiraan atau kutipan markah bagi sukan tahunan.

          Murid yang terlibat iaitu seramai 497 orang. Larian ini terbahagi kepada tiga kategori, kategori A, B dan C. Kategori ini adalah mengikut tingkatan murid tersebut. Kategori A murid tingkatan 1, kategori B murid tingkatan 2 dan 3, manakala tingkatan 4 dan 5 kategori C. Murid perempuan diberi kemudahan untuk berlari di laluan yang lebih singkat berbanding murid lelaki. Begitu juga murid tingkatan 1. Ini bagi memudahkan mereka serta ditetapkan atas dasar keupayaan dan toleransi semua pihak. 
GURU MEMBERIKAN GETAH SEBAGAI TANDA SUDAH MELALUI CHECKPOINT TERSEBUT

              Larian ini melibatkan 16.5 km jauh perjalanan. Walaupun ianya agak jauh, langsung tidak mematahkan semangat murid-murid untuk meneruskan perjalanan. Ianya juga melibatkan 10 checkpoint yang dijaga oleh guru dan dibantu oleh staff. Terdapat banyak kebaikan menjalankan aktiviti merentas desa ini antaranya mengeratkan hubungan antara guru dan murid serta antara murid itu sendiri. Guru-guru memberi semangat kepada murid terlibat menyebabkan mereka tidak putus asa walaupun diakhirnya terpaksa berjalan untuk menamatkan larian tersebut.


video




                 Alhamdulillah semuanya berakhir dengan baik, pasukan rumah kuning iaitu TOK PERAMU telah menjuarai larian merentas desa ini. Diikuti dengan rumah merah sebagai naib johan. Markah yang terkumpul akan dibawa semasa Kejohanan Sukan Tahunan pada bulan Mac nanti. Semoga ianya akan berterusan menjadi aktiviti wajib disekolah. Pelajar juga perlukan pembelajaran yang meibatkan aktiviti luar bagi membina daya tahan serta mengembangkan semangat daya saing serta gaya hidup yang sihat. InsyaAllah.


ANTARA GURU YANG TERLIBAT MENJAGA CHECKPOINT.


ACARA DIAKHIRI DENGAN PENYAMPAIAN HADIAH


0 comments:

Post a Comment