Blog Rasmi

SMK Lepar Hilir

Pages

Thursday, January 14, 2016

PELANCARAN KEMPEN JOM KE SEKOLAH

PELANCARAN JOM KEMPEN KE SEKOLAH

KEMPEN JOM KE SEKOLAH
Pada 11 Januari 2016, telah berlangsung Majlis Pelancaran Jom ke Sekolah. Kempen ini telah dirasmikan oleh tuan pengetua sekolah, En. Shaharin bin Abdullah. Ini adalah bertujuan untuk menarik minat pelajar hadir ke sekolah. 

        Selain itu, dengan adanya kempen ini dapat membantu meningkatkan prestasi kehadiran yang sedia ada. Tuan pengetua telah memberi kata-kata semangat kepada pelajar untuk terus berdisiplin dan menambah azam baru iaitu untuk hadir ke sekolah dengan jayanya, Sekolah adalah tempat permulaan kita belajar mengenai kehidupan. Guru bukan sahaja mengajar malahan cuba mendidik di samping mencurahkan ilmu di dada. Tidak hadir ke sekolah adalah waktu dan saat paling rugi. Di man rakan-rakan yang lain berebut menerima ilmu, kita pula berehat di rumah dengan perasaan serba salah dan tidak keruan.


          Pihak kaunselor juga telah menyatakan kepada pelajar, kempen ini akan berterusan sehingga akhir tahun. Seorang pelajar lelaki dan pelajar perempuan yang terbaik kehadirannya akan menerima anugerah. Di samping dinilai melalui aspek kehadiran, aspek dispiln pelajar tersebut juga dititik beratkan. Ini membuatkan pelajar yang terpilih adalah seimbang dari kedua-dua aspek dan terbaik untuk dijadikan contoh. Para pentadbir dan guru SMKLH menyeru kepada semua pelajar agar menyahut cabaran baru pada tahun 2016! Selamat Maju Jaya... mungkin andalah orangnya.
       Wassalam..

0 comments:

Post a Comment