Blog Rasmi

SMK Lepar Hilir

Pages

Thursday, January 14, 2016

Program Orientasi Tingkatan 1 SMKLH 2016

Program Orientasi Tingkatan 1 SMKLH 2016

Pada 4hb dan 5hb Januari 2016, SMKLH telah menjalankan program orientasi pelajar tingkatan 1 bagi sesi 2016. Seramai 123 orang pelajar baru terlibat dalam program ini. Program ini telah dirasmikan oleh En Shaharin bin Abdullah, Pengetua SMKLH.





Program yang berlangsung selama dua hari ini telah dijayakan oleh Guru Bimbingan Kaunseling SMK Lepar Hilir dengan dibantu oleh Jawatankuasa Minggu Orientasi Tingkatan 1.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini adalah seperti taklimat Kurikulum oleh Pn Norilah binti Adam, GPK Kurikulum, taklimat Kokurikulum oleh Pn Hajah Hanisah binti Abdullah, GPK Kokurikulum.

Selain daripada itu, pelajar juga telah diberi peluang untuk mengenali antara satu sama lain melalui permainan dan aktiviti berkumpulan bersama rakan sekelas mereka sebelum melangkah ke alam pembelajaran sebenar di sekolah menengah. Aktiviti seperti lakonan telah dilaksanakan bersama-sama pelajar bagi membentuk kerjasama antara pasukan dan membiasakan diri mereka dengan rakan-rakan baru.

Aktiviti minggu orientasi telah berlangsung dengan jayanya dan semoga intipati program ini dapat membantu pelajar-pelajar tingkatan 1 untuk menyesuaikan diri dengan suasana baru di sekolah menengah.

Wassalam.


0 comments:

Post a Comment