Blog Rasmi

SMK Lepar Hilir

Doa Untuk MAS MH370

#DOAUNTUKMH370

Bantuan Khas Awal Persekolahan

Penyampaian Bantuan Khas Awal Persekolahan 2014 SMK Lepar Hilir Oleh ADUN Lepar YB Dato' Mohd. Shohaimi Bin Jusoh

Kursus Kepimpinan Organisasi Kelab Persatuan

Kursus Kepimpinan Organisasi Kelab Persatuan

Program Aku Nak Sihat

Program Aku Nak Sihat Pejabat Kesihatan Kuantan dan PPDA Kuantan di SMK Lepar Hilir 2013

Lawatan Penanda Aras ke SMK Seri Jengka 2013

Lawatan Penanda Aras ke SMK Seri Jengka 2013 Calon SPM dan PMR

KKTM Kuantan Industry Oriented Education Exhibition 2013

Lawatan Kerjaya Tingkatan 5L Ke KKTM

Kempen Jom Beli Dan Menang Koperasi SMKLH

Cabutan Bertuah Kempen Jom Beli Dan Menang Koperasi SMKLH

Pages

Monday, May 05, 2014

5 Maju Johan Kelas Terbersih Minggu ke 16

5 Maju Johan Kelas Terbersih SMK Lepar Hilir Minggu ke 16







Alhamdulillah Dan tahniah pelajar 5 Maju Johan Kelas Terbersih Minggu ke 16 SMK Lepar Hilir. Hadiah disampaikan oleh Puan Noorilah Bt Adam,GPK Kurikulum Smk Lepar Hilir pada Hari Isnin,5 Mei 2014.

Pada perhimpunan Pagi ini terdapat dua orang pelajar yg mempersembahkan pidato dalam Bahasa Melayu Dan Bahasa Inggeris.

Thursday, April 24, 2014

JOM SEMAK TAWARAN KE TINGKATAN ENAM TAHUN 2014

JOM SEMAK TAWARAN KE TINGKATAN ENAM TAHUN 2014



 SEMAKAN TAWARAN DAN RAYUAN KE TINGKATAN ENAM TAHUN 2014


Sila Masukkan No. Kad Pengenalan dan Klik Butang Semakan
Pastikan maklumat NO. KAD PENGENALAN calon sama seperti yang tercatat dalam KAD PENGENALAN calon. 


TINDAKAN :
Sila semak dengan teliti maklumat yang dipaparkan.
Sekiranya anda berjaya dan bersetuju dengan tawaran ini, surat tawaran MESTI DICETAK SEGERA dan dibawa semasa hari pendaftaran di sekolah yang ditetapkan pada 05 MEI 2014.

PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA (PLKN)
Sukacita dimaklumkan bahawa murid yang berjaya dan menerima tawaran ke Tingkatan Enam Tahun 2014 dan sedang mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kumpulan 2, mereka diberi pelepasan awal iaitu pada 02 Jun 2014. Mereka akan mula mendaftar masuk ke Tingkatan Enam pada 04 JUN 2014 (Rabu). Sementara itu, calon yang terpilih untuk mengikuti PLKN Kumpulan 3 dikehendaki membuat permohonan penangguhan daripada Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) melalui laman web JLKN www.khidmatnegara.gov.my

SYARAT KEMASUKAN KE TINGKATAN 6 TAHUN 2014



 SYARAT KEMASUKAN MURID TINGKATAN ENAM TAHUN 2014 (JURUSAN AGAMA)



 CARA PENGIRAAN MATA GRED



Sila klik di sini untuk membuat semakan.

Saturday, March 15, 2014

#DOAUNTUKMH370 OLEH WARGA SMK LEPAR HILIR KUANTAN


#DOAUNTUKMH370 OLEH WARGA SMK LEPAR HILIR KUANTAN

Majlis Bacaan Yaasin #DOAUNTUKMH370 telah diadakan di Dewan Bestari pada 14/3/2014 pada pukul 7.25 pagi. Bacaan Doa dan Yaasin dipimpin oleh Cikgu Azwan Mislim.

Bacaan doa juga untuk memohon hujan rahmat diturunkan oleh Allah.


Friday, March 14, 2014

Mesyuarat Agung PIBG SMK Lepar Hilir Gambang Kuantan kali ke 22 tahun

Mesyuarat Agung PIBG SMK Lepar Hilir Gambang Kuantan kali ke 22 tahun










Pada 1 Mac 2014, Sabtu, telah diadakan  Mesyuarat Agung PIBG SMK Lepar Hilir Gambang Kuantan kali ke 22 tahun. Mesyuarat Agung ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Mohd Shohaimi Bin Jusoh, ADUN Lepar, Kuantan, Pahang. Majlis telah berlangsung dari 7.50 pagi hingga ke pukul 1.00 petang.




Hadiah cabutan bertuah pada kali ini juga banyak. terima kasih kepada semua penaja hadiah.

1.   Tunas Manja
2.   Koperasi FELDA Lepar Hilir 1
3.   Koperasi FELDA Lepar Hilir 2
4.   IKIP College International
5.   Koperasi SMK Lepar Hilir

6.  En. Sarijan B. Ali (Pengerusi JKKR FLH 1)
7. JCC FELDA Lepar Hilir
8.  Kedai Sahabat Roselle Pantai Timur
      http://sahabatroselle.com/



SEMUA PENYUMBANG HARI MENYUARAT AGUNG
SERTA PENYUMBANG CABUTAN BERTUAH

DAN

SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT
 BAGI MENJAYAKAN MAJLIS INI
dan semua penaja majlis ini.

Thursday, March 13, 2014

Pelancaran Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas

Majlis Pelancaran Pertandingan Keceriaan Kelas SMK Lepar Hilir 2014




Pada Hari Isnin, 10/3/2014 telah diadakan Program Pelancaran Pertandingan Keceriaan Kelas 2014. Majlis telah dirasmikan boleh Puan Siti Mariam Bt Baharudin,Pengetua SMK Lepar Hilir Gambang Kuantan.












#prayfor MH370 MAS Lukisan pelajar 4 Luhur SMK LEPAR HILIR

#prayfor MH370 MAS Lukisan pelajar 4 Luhur



Lukisan Pelajar Tingkatan 4 Luhur SMK LEPAR HILIR


PSS SMK LEPAR HILIR BERWAJAH BARU

ToPSS SMK LEPAR HILIR BERWAJAH BARU


    Sudut PSS yang indah Dan menarik

AAlhamdulillah suasana Pusat Sumber Sekolah SMK Lepar Hilir Gambang Kuantan Sudan semakin ceria. Guru PSS Puan Mariana dengan kerjasama guru-guru lain seperti Puan Arina Dan Pengawas PSS telah bertungkus lumus mengindahkan PSS.
                    




                                        
























         














Sunday, March 09, 2014

Gotong royong PSS 2014

Gotong royong PSS 2014








Wednesday, March 05, 2014

Kursus Pengurusan Organisasi Kelab Persatuan dan Badan Beruniform 2014

Kursus Pengurusan Organisasi Kelab Persatuan dan Badan Beruniform 2014 SMK Lepar Hilir Gambang Kuantan Pahang












Kursus Pengurusan Organisasi Kelab Persatuan dan Badan Beruniform 2014
SMK Lepar Hilir Gambang Kuantan Pahang Alhamdulillah telah selamat diadakan pada 21-22 Februari 2014. Program bermula seawal Pagi Jumaat dan berakhir pada 3.00 petang Sabtu 22 Februari 2014 di Pantai Sepat Kuantan Pahang.

Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia Tahun 2014 Oleh ADUN Lepar YB Dato' Mohd.Shohaimi Bin Jusoh

Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia Tahun 2014 Oleh ADUN Lepar YB Dato' Mohd.Shohaimi Bin Jusoh





Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia Tahun 2014 di SMK Lepar Hilir telah disampaikan Oleh ADUN Lepar YB Dato' Mohd.Shohaimi Bin Jusoh.

 Majlis telah diadakan pada Selasa 21/1/2014.




Pada pembentangan Bajet 2014 Oktober 2013 lalu, Perdana Menteri  Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan berkata Kerajaan Pusat akan meneruskan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada pelajar sekolah rendah dan menengah serta baucar buku RM250 kepada pelajar institusi pengajian tinggi di negara ini untuk tahun 2014.

Sebanyak RM540 juta disediakan untuk bantuan persekolahan dan baucar buku tersebut bagi mengurangkan beban kewangan ibu bapa dan ini adalah tahun ketiga kerajaan menyediakan bantuan persekolahan tersebut.

Program Baucar Buku 1Malaysia sebanyak RM250 dijangka dapat memanfaat seramai 1.3 juta pelajar pra-universiti dan Instituisi Pengajian Tinggi (IPT) dengan peruntukan sebanyak RM325 juta.

Rujukan:

 

Bersama ini dilampirkan bahan-bahan untuk panduan pihak tuan. Klik pautan untuk muat turun bahan :
Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia 2014 (BKAP1M)
Slaid BKAP1M
Surat Siaran

Surat Siaran Mengenai Pelaksanaan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia bagi Tahun 2014 -2 Klik di sini untuk muat turun

Portal Majlis Ahli Parlimen BN, Klik di sini

 

Sunday, January 19, 2014

GARIS PANDUAN PEMAKAIAN BAJU KORPORAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

GARIS PANDUAN PEMAKAIAN BAJU KORPORAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

 

SKIM INSURANS MURID SEKOLAH (SIMS) DI BAWAH SURUHANJAYA PENGANGKUTAN 2014

SKIM INSURANS MURID SEKOLAH (SIMS) DI BAWAH SURUHANJAYA PENGANGKUTAN 2014


Pelaksanaan Skim Insurans Murid Sekolah (SIMS) adalah program Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Program ini memberi skim perlindungan insurans kepada murid sekolah yang menggunakan bas/van sekolah yang berlesen dengan SPAD di seluruh Semenanjung Malaysia dan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) bagi Sabah dan Sarawak. Sila rujuk panduan lengkap pelaksanaan SIMS(SPAD), senarai skop perlindungan, amaun manfaat dan borang serta kaedah membuat tuntutan adalah seperti dilampirkan.

Borang Tuntutan SIMS
Garis Panduan Skim Insuran Murid Sekolah
Surat Pelaksanaan SPADS