Blog Rasmi

SMK Lepar Hilir

Pages

Wednesday, March 05, 2014

Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia Tahun 2014 Oleh ADUN Lepar YB Dato' Mohd.Shohaimi Bin Jusoh

Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia Tahun 2014 Oleh ADUN Lepar YB Dato' Mohd.Shohaimi Bin Jusoh





Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia Tahun 2014 di SMK Lepar Hilir telah disampaikan Oleh ADUN Lepar YB Dato' Mohd.Shohaimi Bin Jusoh.

 Majlis telah diadakan pada Selasa 21/1/2014.




Pada pembentangan Bajet 2014 Oktober 2013 lalu, Perdana Menteri  Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan berkata Kerajaan Pusat akan meneruskan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada pelajar sekolah rendah dan menengah serta baucar buku RM250 kepada pelajar institusi pengajian tinggi di negara ini untuk tahun 2014.

Sebanyak RM540 juta disediakan untuk bantuan persekolahan dan baucar buku tersebut bagi mengurangkan beban kewangan ibu bapa dan ini adalah tahun ketiga kerajaan menyediakan bantuan persekolahan tersebut.

Program Baucar Buku 1Malaysia sebanyak RM250 dijangka dapat memanfaat seramai 1.3 juta pelajar pra-universiti dan Instituisi Pengajian Tinggi (IPT) dengan peruntukan sebanyak RM325 juta.

Rujukan:

 

Bersama ini dilampirkan bahan-bahan untuk panduan pihak tuan. Klik pautan untuk muat turun bahan :
Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia 2014 (BKAP1M)
Slaid BKAP1M
Surat Siaran

Surat Siaran Mengenai Pelaksanaan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia bagi Tahun 2014 -2 Klik di sini untuk muat turun

Portal Majlis Ahli Parlimen BN, Klik di sini

 

0 comments:

Post a Comment