Blog Rasmi

SMK Lepar Hilir

Doa Untuk MAS MH370

#DOAUNTUKMH370

Bantuan Khas Awal Persekolahan

Penyampaian Bantuan Khas Awal Persekolahan 2014 SMK Lepar Hilir Oleh ADUN Lepar YB Dato' Mohd. Shohaimi Bin Jusoh

Kursus Kepimpinan Organisasi Kelab Persatuan

Kursus Kepimpinan Organisasi Kelab Persatuan

Program Aku Nak Sihat

Program Aku Nak Sihat Pejabat Kesihatan Kuantan dan PPDA Kuantan di SMK Lepar Hilir 2013

Lawatan Penanda Aras ke SMK Seri Jengka 2013

Lawatan Penanda Aras ke SMK Seri Jengka 2013 Calon SPM dan PMR

KKTM Kuantan Industry Oriented Education Exhibition 2013

Lawatan Kerjaya Tingkatan 5L Ke KKTM

Kempen Jom Beli Dan Menang Koperasi SMKLH

Cabutan Bertuah Kempen Jom Beli Dan Menang Koperasi SMKLH

Pages

Sunday, November 24, 2013

Keputusan Pertukaran Guru Antara Negeri

Keputusan Pertukaran Guru Antara Negeri



 Keputusan Pertukaran Guru bagi sesi Januari 2014 boleh disemak di Sistem Maklumat Guru Modul e-GTukar mulai jam 9.00 malam pada 25 Nov 2013, Isnin.
Pertukaran antara negeri sahaja.

Layari e-GTukar

Sunday, November 10, 2013

Mesyuarat AJK PIBG SMK Lepar Hilir 2013 Kali Ke 2

Mesyuarat AJK PIBG SMK Lepar Hilir 2013 Kali Ke 2

Pada Hari Khamis 7/11/2013 telah diadakan Mesyuarat AJK PIBG SMK Lepar Hilir 2013 Kali Ke 2 di Bilik Persidangan SMK Lepar Hilir.




Taklimat SPM Kimia 2013

Taklimat SPM Kimia 2013




Pada 29/10/2013 telah diadakan ceramah Taklimat Kimia di Bilik Persidangan SMK Lepar Hilir. Kumpulan sasaran ialah pelajar Tingkatan 4 hingga 5 Aliran Sains SMK Lepar Hilir.

Program dijayakan oleh Ketua Bidang Sains, Puan Azlinawati.




Cabutan Bertuah Kempen Jom Beli dan Menang Koperasi SMKLH Kuantan

Cabutan Bertuah Kempen Jom Beli dan Menang Koperasi SMKLH Kuantan


Pada Hari Jumaat 8/11/2013 pukul 8.10 pagi telah diadakan Cabutan Bertuah Kempen Jom Beli dan Menang Koperasi SMKLH Kuantan di Dataran SMK Lepar Hilir. Peserta terdiri daripada 2 kategori iaitu pelajar dan guru serta staf.

Tahniah kepada yang berjaya dalam cabutan bertuah. Kepada yang tidak terpilih usahlah berdukacita, kerana ini semua rezki yang ditentukan oleh Tuhan. Marilah kita teruskan membeli dengan Koperasi kita, kalau bukan kita yang sokong koperasi kita siapa lagi kan...




Pengurusan Biasiswa Yayasan Pahang

Pengurusan Biasiswa Yayasan Pahang

Pada Hari Khamis 7/11/2013 telah diadakan pengurusan Biasiswa Pahang di SMK Lepar Hilir. GPK HEM SMK Lepar Hilir, Cikgu Azhar Awang Maharum dan Guru Biasiswa, Cikgu Siti Hasmah telah menguruskan biasiswa ini.




Ceramah Penjara Penor Pekan Kuantan

Ceramah Penjara Penor Pekan Kuantan


Pada Hari Jumaat 8/11/2013 telah diadakan ceramah Bersama Perangi Jenayah di SMK Lepar Hilir. Kumpulan sasaran ialah semua  pelajar Tingkatan 1 hingga 3 SMK Lepar Hilir.

Program adalah anjuran Unit Disiplin dan Unit Kaunseling SMK Lepar Hilir. Ceramah dijayakan oleh Warder Penjara Penor Pekan- Kuantan Pahang.Terima kasih keapda smeua pihak yang menjayakan program ini. Hanya Allah yang dapat membalasa jasa dan bantuan kalian.




Ceramah Dunia Gadis Remaja Pejabat Kesihatan Gambang Kuantan

Ceramah Dunia Gadis Remaja Pejabat Kesihatan Gambang Kuantan




Pada Hari Khamis 7/11/2013 telah diadakan ceramah dunia Gadis Remaja di SMK Lepar Hilir. Kumpulan sasaran ialah pelajar perempuan Tingkatan 1 hingga 4 SMK Lepar Hilir.

Program dijayakan oleh Bahagian Pendidikan Pejabat Kesihatan Gambang, Kuantan Pahang.



Saturday, November 09, 2013

Taklimat ke Kolej Vokasional Kuantan dan Kolej IKIP Pahang Selepas PMR

Taklimat ke Kolej Vokasional Kuantan dan Kolej IKIP Pahang Selepas PMR


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada 11 Oktober 2013, Hari Jumaat telah diadakan Program Taklimat Kemasukan ke Kolej Vokasional Kuantan dan Kolej IKIP  Pahang. Majlis penyampaian cenderahati kepada Pensyarah Koleh Vokasional disampaikan oleh Puan Khazimah.




 Berjaya dengan cemerlang dalam bidang akademik dan aktif dalam bidang ko-kurikulum membuatkan pelajar terlepas pandang bahawa pendidikan kerjaya juga penting untuk membantu mereka mencapai kecemerlangan dalam kedua-dua bidang tersebut.   

Dengan adanya matlamat kerjaya yang jelas, ia membantu pelajar membuat pilihan mata pelajaran yang sesuai dalam pemilihan aliran semasa di Tingkatan 4 nanti. Berdasarkan prinsip SWOT, kekuatan yang ada pada sekolah untuk menganjurkan aktiviti kerjaya adalah terdapat banyak Institusi Pengajian Tinggi Awam, Institusi Kemahiran Tinngi  Awam dan kolej swasta di sekitar daerah sekolah ini.   

Berdasarkan Program Jom Masuk U 2013, klik di sini tempoh hari, banyak institusi pengajian ini bersedia meluangkan masa untuk memberikan ceramah dan input tentang halatuju selepas PMR kepada pelajar tingkatan 3 di sekolah ini.  Sebenarnya peluang untuk lebih memahami cita-cita dan halatuju sendiri selepas PMR terbuka luas kepada pelajar jika mereka rajin bertanya dan berusaha mengumpulkan maklumat-maklumat kerjaya di sekeliling mereka. 

  Kerjaya bidang kemahiran dan vokasional, klik di sini telah diarusperdanakan oleh kerajaan. Pendidikan vokasional dan kemahiran telah mengalami transformasi sehingga Sijil Kemahiran Malaysia mendapat tempat di kalangan majikan. Ini memberi peluang kepada pelajar yang sangat sederhana pencapaian akademik mereka untuk terus menajamkan kemahiran yang mereka minat.  

Maka dengan menganjurkan Program Ceramah Kerjaya dan Halatuju Kerjaya Selepas PMR  ini dianjurkan. Melalui Program Ceramah Kerjaya ini, maklumat-maklumat tentang kerjaya dan melanjutkan pelajaran dapat disampaikan kepada semua pelajar tingkatan 3 agar mereka lebih bersedia untuk menghadapi dunia luar kelak. 

KOLEJ IKIP  

 IASC berazam menjadi salah sebuah Institusi Latihan Kemahiran terunggul paduan ilmu praktis dan pengetahuan bagi melahirkan masyarakat berketrampilan dan bersahsiah mulia demi kecemerlangan agama, bangsa dan Negara.


Program Selepas PMR Membuat Roti

Program Selepas PMR Membuat Roti



Program Selepas PMR Membuat Roti diuruskan oleh Cikgu Azman, Teacher Suziana, Cikgu Hussin dan beberapa orang guru lagi di Bengkel MPV.




Monday, November 04, 2013

UJIAN KOMPETENSI ICT UNTUK GURU DAN PENTADBIR SEKOLAH

UJIAN KOMPETENSI ICT UNTUK GURU DAN PENTADBIR SEKOLAH
MAKLUMAN AWAL: PELUANG TERAKHIR MENJAWAB UJIAN KOMPETENSI ICT

Pihak BPG mengucapkan ribuan terima kasih atas pengurusan dan pentadbiran ujian kompetensi ICT yang telah dilaksanakan sebelum ini.

2. Untuk makluman tuan/puan, ujian ini wajib dijawab oleh semua guru dan pentadbir selaras dengan kehendak PPPM. Justeru itu satu surat makluman akan diserahkan kepada tuan/puan esok melalui emel dan faks untuk dipanjangkan bersama-sama senarai guru yang belum selesai menjawab kepada sekolah-sekolah di negeri tuan/puan.

3. Selain justifikasi yang diterima (dikecualikan dari menjawab ujian dan dinyatakan dalam surat makluman esok),guru dan pentadbir sekolah adalah wajib menjawab. Justeru itu, sistem akan dibuka kali terakhir bermula pada 7 November 2013 jam 8.00 pagi sehingga 14 November 2013 jam 11 malam untuk memberi ruang kepada guru dan pentadbir tersebut menjawab. Semoga pihak JPN dan PPD dapat membantu memantau perkara ini.

4. Kerjasama dan sokongan pihak tuan amat dihargai dalam merealisasikan inisiatif PPPM KPM.
 
Daripada Facebook
Sektor Pengurusan Akademik JPN Pahang

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1435

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1435


Selamat menyambut Maal Hijrah kepada semua warga SMK Lepar Hilir Gambang pada 5 November 2013 bersamaan 1 Muharram 1435H.



Bersama baca Doa akhir tahun dan awal tahun. Sila klik di sini, http://www.cikgukaunseling.com/2013/11/awal-muharram-doa-akhir-dan-awal-tahun.html

HARI SUKAN SMK LEPAR HILIR 2013

HARI SUKAN SMK LEPAR HILIR 2013















HARI SUKAN SMK LEPAR HILIR 2013

 Sukan ialah segala kegiatan yang memerlukan kemahiran atau ketangkasan serta tenaga yang dilakukan sama ada sebagai acara pertandingan, hiburan atau untuk suka-suka bagi mengisi masa lapang atau untuk beriadah. Kerajaan telah mempekenalkan dasar 1Murid 1Sukan kerana menyedari kepentingan bersukan. Contoh aktiviti sukan yang agak popular kini ialah seperti olahraga, berenang, permainan bola sepak, tenis, badminton dan sebagainya.

SMK Lepar Hilir telah mengadakan Hari Sukan 2013 pada Hari Sabtu, 26 Oktober 2013.

MAJLIS RESTU ILMU MOTIVASI PECUTAN AKHIR TINGKATAN 5 SMK LEPAR HILIR 2013

MAJLIS RESTU ILMU MOTIVASI PECUTAN AKHIR TINGKATAN 5 SMK LEPAR HILIR 2013 
MOTIVATOR RAZALI BERSAMA PELAJAR,  IBUBAPA PELAJAR DAN GURU SMKLH


Majlis restu ilmu diadakan bagi merestui segala ilmu yang telah dicurahkan para guru kepada pelajar-pelajar SMKLH agar mendapat mendapat keberkatan dalam menjawab peperiksaan seterusnya dalam hidup.

Seseorang pelajar yang cemerlang bukan hanya berjaya dalam bidang akademik malah harus mempunyai sahsiah dan akhlak yang terpuji agar dapat dijadikan modal insan untuk generasi muda seluruhnya selaras dengan hasrat Pelan Induk Pembangunan Pendidikan dalam dunia yang serba mencabar.





          Tarikh                          :               25 Oktober 2013 (Hari Jumaat)
          Masa   Program       :                8.30 pagi -12.00 tengah hari
          Tempat                      :               Dewan Seri Bestari, SMK Lepar Hilir.



Program dirasmikan oleh Pengerusi PIBG SMK Lepar Hilir, Encik Hawari Bin Bachik. Terima kasih pihak kami ucapkan di atas kesudian YDP PIBG SMKLH merasmikan program ini. Terima kasih juga diucapkan kepada ibubapa yang hadir.



Aturcara Majlis Restu Ilmu Calon SPM
2013 SMK Lepar Hilir Jumaat 25 Oktober 2013



7.30 am                   :               Perhimpunan Pelajar
8.10 am                   :               Semua guru tingkatan, guru ketua bidang dan guru matapelajaran mengambil tempat.                                                   Pelajar Tingkatan 5 Masuk ke Dewan Seri Bestari SMK Lepar Hilir
                                                Kehadiran ibubapa.
8.30 am                   :               Bacaan Doa Selamat
                                                 Al Fadhil Ustaz  Tn.Hj.Ikmal Hisham b. Kamal Hakim.
8.40 am                   :               Ucapan Perasmian Oleh Pengurus Felda Lepar Hilir
                                                Encik Za’aber Bin Abdul Rasid
8.50 am                   :               Ceramah Pecutan Akhir SPM-
                                                Tip Menghadapi Peperiksaan Untuk Pelajar, Ibubapa dan Guru
                                                Oleh Motivator Jemputan, seorang pensyarah dan penulis,  Encik Mohd Razali Maarof
10.10 am                 :               Rehat
                                                Ibu Bapa Bersurai
10.30 am                 ;               Semua guru tingkatan, guru ketua bidang dan guru matapelajaran mengambil tempat.                                                   Pelajar Tingkatan 5 Masuk ke Dewan Seri Bestari SMK Lepar Hilir     
10.35am                  :               Bacaan Doa Menghadapi Peperiksaan
                                                Al Fadhil Ustaz  Tn.Hj.Ikmal Hisham b. Kamal Hakim.
10.55am  :               Ucapan Wakil Pelajar Tingkatan 5
10.55 am                 :               Ucapan YDP PIBG
11.10 am                 :               Ucapan GPK Penolong Kanan Pentadbiran           
                                                Puan Norilah Binti Adam
11.20       am           :               Ucapan Pengetua
Puan Siti Mariam Binti Baharudin
11.35 am                 :               Tayangan Multimedia Tingkatan 5 SMK Lepar Hilir
11.40 am                 :               Sesi bersalaman dengan guru-guru.



BIODATA PENCERAMAH MOTIVASI:

MOHD RAZALI MAAROF (ABU RIDHWAN)
Diploma Pengurusan Perniagaan (DBS), UiTM
Ijazah Pengurusan Perniagaan(Pemasaran) (BBA) – UiTM
Bertugas sebagai Pengurus Pembangunan dan Hubungan Luar, Kolej Teknologi Darulnaim

Dilahirkan di Kajang, Selangor dan dibesarkan di Lenggeng, Negeri Sembilan. Sudah berkeluarga dan memiliki dua orang cahaya mata. 

Pengalaman Kerjaya:
Head Supervisor, Mydin Wholesale Emporium (1997-1998)
Pengurus Operasi Hisham & Co. (1998-1999)
Pengurus Pemasaran Anis Pharmacy Group (2000-2003)
Pengurus Berkat Istiqamah Sdn Bhd (2003-2004)
Pengurus ProCAST Consultancy (2004-2007)
Pengurus Pembangunan & Hubungan Luar Kolej Teknologi Darulnaim (2007 – kini)


Pengalaman Berkaitan:
1. Banyak mengendalikan program-program motivasi, kem kepimpinan, khemah ibadah, kursus jatidiri untuk remaja sekolah rendah, menengah dan IPT.
3. Penceramah jemputan untuk program remaja yang dianjurkan oleh sekolah-sekolah, IPT serta badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan.


Lain-lain Pengalaman:
1. Alumni ESQ Training Angkatan 1, Malaysia
2. Menyediakan Modul dan Mengendalikan Program-program Remaja dan Mahasiswa

Lawatan Penanda Aras ke SMK Seri Jengka Untuk Pelajar Target SMK Lepar Hilir

Lawatan Penanda Aras ke SMK Seri Jengka Untuk Pelajar Target SMK Lepar Hilir


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Satu lawatan penanda aras ke SMK Seri Jengka Maran telah diadakan pada 14 Julai 2013, Ahad sehingga Rabu, 17 Julai 2013. Peserta dari Tingkatan 3 dan 5 SMK Lepar Hilir merupakan pelajar target SMK Lepar Hilir.

Pengurus admin blog SMK Lepar Hilir bersama suami, dan anak-anak peserta bertolak dari SMK Lepar Hilir selepas Zuhur. Puan Suziana dan Encik Azhar Awang Maharum turut menunggu kami di perkarangan SMK Lepar Hilir.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan Terima kasih diucapkan  kepada SMK Seri Jengka, Sekolah Kluster Kecemerlangan KPM khususnya kepada Pengetua SMK Seri Jengka, Datin Fatimah Kasim, GPK Pentadbiran SMK Seri Jengka Encik Ismail Abbas, Barisan Warden Aspura dan Aspuri, Guru Kaunselor dan semua pihak yang menjayakan program ini.