Blog Rasmi

SMK Lepar Hilir

Doa Untuk MAS MH370

#DOAUNTUKMH370

Bantuan Khas Awal Persekolahan

Penyampaian Bantuan Khas Awal Persekolahan 2014 SMK Lepar Hilir Oleh ADUN Lepar YB Dato' Mohd. Shohaimi Bin Jusoh

Kursus Kepimpinan Organisasi Kelab Persatuan

Kursus Kepimpinan Organisasi Kelab Persatuan

Program Aku Nak Sihat

Program Aku Nak Sihat Pejabat Kesihatan Kuantan dan PPDA Kuantan di SMK Lepar Hilir 2013

Lawatan Penanda Aras ke SMK Seri Jengka 2013

Lawatan Penanda Aras ke SMK Seri Jengka 2013 Calon SPM dan PMR

KKTM Kuantan Industry Oriented Education Exhibition 2013

Lawatan Kerjaya Tingkatan 5L Ke KKTM

Kempen Jom Beli Dan Menang Koperasi SMKLH

Cabutan Bertuah Kempen Jom Beli Dan Menang Koperasi SMKLH

Pages

Showing posts with label Unit Disiplin. Show all posts
Showing posts with label Unit Disiplin. Show all posts

Thursday, January 14, 2016

PELANCARAN KEMPEN JOM KE SEKOLAH

PELANCARAN JOM KEMPEN KE SEKOLAH

KEMPEN JOM KE SEKOLAH
Pada 11 Januari 2016, telah berlangsung Majlis Pelancaran Jom ke Sekolah. Kempen ini telah dirasmikan oleh tuan pengetua sekolah, En. Shaharin bin Abdullah. Ini adalah bertujuan untuk menarik minat pelajar hadir ke sekolah. 

        Selain itu, dengan adanya kempen ini dapat membantu meningkatkan prestasi kehadiran yang sedia ada. Tuan pengetua telah memberi kata-kata semangat kepada pelajar untuk terus berdisiplin dan menambah azam baru iaitu untuk hadir ke sekolah dengan jayanya, Sekolah adalah tempat permulaan kita belajar mengenai kehidupan. Guru bukan sahaja mengajar malahan cuba mendidik di samping mencurahkan ilmu di dada. Tidak hadir ke sekolah adalah waktu dan saat paling rugi. Di man rakan-rakan yang lain berebut menerima ilmu, kita pula berehat di rumah dengan perasaan serba salah dan tidak keruan.


          Pihak kaunselor juga telah menyatakan kepada pelajar, kempen ini akan berterusan sehingga akhir tahun. Seorang pelajar lelaki dan pelajar perempuan yang terbaik kehadirannya akan menerima anugerah. Di samping dinilai melalui aspek kehadiran, aspek dispiln pelajar tersebut juga dititik beratkan. Ini membuatkan pelajar yang terpilih adalah seimbang dari kedua-dua aspek dan terbaik untuk dijadikan contoh. Para pentadbir dan guru SMKLH menyeru kepada semua pelajar agar menyahut cabaran baru pada tahun 2016! Selamat Maju Jaya... mungkin andalah orangnya.
       Wassalam..

Sunday, November 10, 2013

Ceramah Penjara Penor Pekan Kuantan

Ceramah Penjara Penor Pekan Kuantan


Pada Hari Jumaat 8/11/2013 telah diadakan ceramah Bersama Perangi Jenayah di SMK Lepar Hilir. Kumpulan sasaran ialah semua  pelajar Tingkatan 1 hingga 3 SMK Lepar Hilir.

Program adalah anjuran Unit Disiplin dan Unit Kaunseling SMK Lepar Hilir. Ceramah dijayakan oleh Warder Penjara Penor Pekan- Kuantan Pahang.Terima kasih keapda smeua pihak yang menjayakan program ini. Hanya Allah yang dapat membalasa jasa dan bantuan kalian.