Selamat Kembali Ke Sekolah Anak-anak dan Warga Pendidik
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH
Selamat kembali ke sekolah kepada semua guru-guru yang dedikasi,
pelajar-pelajar dan juga kepada semua ibu bapa yang prihatin memilih
pendidikan terbaik buat anak-anak untuk kejayaan dunia dan akhirat.
Setelah kita bercuti selama dua minggu sempena Cuti Pertengahan Penggal 2 dan Cuti Hari Raya Aidilfitri, maka pada Isnin ini 19 Ogos 2013, semua warga pendidik dan anak-anak didik SMK Lepar Hilir akan kembali ke sekolah. Justeru itu saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat kembali bertugas kepada semua guru dan selamat kembali belajar kepada semua pelajar.
Tidak terlewat rasanya untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin kepada semua warga sekolah.
Kepada semua pelajar, sesungguhnya belajar adalah tugas anda dan tanggungjawab anda. Sekiranya tugas guru mengajar, tugas ibu bapa anda mencari nafkah (bekerja), maka tugas anda hanyalah belajar.
Belajar adalah satu proses untuk melahirkan seorang insan yang terdidik bagi memastikan anda menjadi individu yang mempunyai keseimbangan sama ada dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Dengan modal JERI itulah nanti yang akan menjadikan anda sebagai insan yang bermodal, dan seterusnya menjadi pewaris kepada kesinambungan kemakmuran negara.
Cuti yang agak lama (2 minggu) sudah tentu menjadikan catatan diari kita semakin panjang kerana banyak cerita....cerita panjang, cerita pendek, cerita berbingkai dan pelbagai genre lain yang telah kita lalui sepanjang cuti yang lalu.
Walau bagaimana seronok, suka dan dukanya anda sepanjang cuti yang lalu, namun saya berharap semua pelajar sedar bahawa semalam adalah sejarah, hari ini ialah realiti dan esok adalah harapan dan terbentang masa depan anda yang belum pasti lagi. Oleh itu sama-samalah kita memantapkan persiapan kita untuk mengharungi esok tadi, khususnya dalam mempersiapkan diri dalam menghadapi peperiksaan PMR, SPM dan peperiksaan akhir tahun.
Kepada calon PMR, saya ucapkan semoga anda telah dapat mengukur kekuatan diri dan kelemahan diri anda semasa Percubaan PMR tempoh hari. Selepas ini guru-guru akan berbincang mengenai hasil pencapaian anda. Keputusan peperiksaan percubaan PMR adalah kayu ukur untuk mengesan sejauh manakah kemampuan anda. Refleksilah diri anda dan buatlah penjajaran strategi bagi memastikan anda benar-benar telah bersedia untuk melakar kejayaan dalam peperiksaan PMR nanti.
Calon-calon PMR pula pastinya akan sebuk mengikuti pelbagai program
Pecutan Akhir seperti yang telah diaturkan oleh KB dan panitia-panitia
mata pelajaran. Juga inshaAllah akan juga diadakan Program Motivasi untuk anda oleh UBK.
Jadikanlah semua program yang dijalankan oleh pihak
sekolah sebagai peluang dalam memantapkan persiapan sebelum PMR.
Sekiranya persiapan anda masih belum mantap untuk menduduki PMR, anda
sebenarnya masih belum terlewat, kerana setiap saat adalah di dalamnya
kesempatan. Selagi PMR belum bermula, selagi itulah masa dan ruang masih
ada.
Minggu pertama selepas cuti raya adalah minggu yang sangat sebuk bagi guru-guru dan semua murid. Bagi calon SPM peperiksaan percubaan SPM InshaAllah akan dijalankan pada akhir Ogos 2013 ini., dan selepas ini guru-guru akan berbincang mengenai hasil pencapaian anda.
Keputusan peperiksaan percubaan SPM adalah kayu ukur untuk mengesan sejauh manakah kemampuan anda. Refleksilah diri anda dan buatlah penjajaran strategi bagi memastikan anda benar-benar telah bersedia untuk melakar kejayaan dalam peperiksaan SPM nanti.
Sementara itu bagi semua murid tingkatan 1, 2 dan 4, anda sepatutnya turut sIbuk dalam mempersiapkan diri sebelum peperiksaan akhir tahun. Para guru sudah tentulah pada minggu ini dan seterusnya berusaha mempersiapkan anda untuk menduduki peperiksaan.

Kesimpulannya
kita semua sIbuk dengan banyak tugas dan perkara yang perlu
diselesaikan...hakikatnya inilah yang dinamakan sebagai Kesibukan
Profesional. Janganlah selepas ini anda menyebuk pula di bilik disiplin
dengan menambah kesibukan Unit HEM kerana mengambil terpaksa mengambil
tindakan disiplin ke atas salah laku anda. Atau jangan pula anda
menyebuk di bilik Kaunseling, untuk menokok kesibukan kaunselor yang
terpaksa memperuntukkan masa untuk menasihati anda atas kesalahan yang
anda lakukan.
Sekian catatan untuk kali ini, selamat belajar.
Sekian catatan untuk kali ini, selamat belajar.
0 comments:
Post a Comment