Blog Rasmi

SMK Lepar Hilir

Pages

Friday, October 11, 2013

Salam Aidil Adha 1434 Hijrah 2013 Masihi

Salam Aidil Adha 1434 Hijrah 2013 Masihi


Dan bagi tiap-tiap umat, Kami syari`atkan ibadat menyembelih korban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka binatang-binatang ternak yang disembelih itu. Kerana Tuhan kamu semua ialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kamu tunduk taat kepadaNya dan sampaikanlah berita gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang tunduk taat.
 
Surah Al Hajj Ayat 34



Bermula dari pengorbanan cinta Siti Sarah, bertitiktolak dari pengorbanan kasih Siti Hajar...
Ibrahim a.s dan Ismail a.s menempa sejarah agung pengorbanan manusia yang tidak terbayangkan.

Di hari yang mulia ini, mari kita maknai dengan takbir, tahmid dan takbir...
Agar 'ruh' pengorbanan keluarga Ibrahim a.s mampu memutik 'ibrah...
Memarak semangat pengorbanan untuk agama tercinta ini.

Melangkah dengan ikhtiar yang mapan...
Beriring sangka baik dan kepasrahan yang tuntas kepada Ar Rahman..
Walau hakikatnya, kita terhijab dari mengetahui keberhasilannya di masa depan...
Kerana yang pasti hanya DIA Maha Mengetahui...
Hikmah yang mengintai di sebalik setiap ujian dan cabaran.

Di sebalik payah dan susah, pasti ada penghujung yang indah. Kepada ALLAH kita berserah, moga lelah hari ini akan berakhir kerehatan abadi...di Syurga ILAHI, ameen Ya Rabb.

Justeru, jangan sangsi dan ragu, tawakal dan redalah pada TUHANmu.

0 comments:

Post a Comment