Blog Rasmi

SMK Lepar Hilir

Pages

Thursday, October 17, 2013

Nak Tahu Apa itu 1bestarinet?

Nak Tahu Apa itu 1bestarinet?



1BestariNet adalah projek yang diinisiatifkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan dilaksanakan dengan kerjasama YTL Communications. 

Di bawah projek ini, sebanyak 10,000 buah sekolah rendah dan menengah di Malaysia akan dilengkapkan dengan akses internet berkelajuan tinggi 4G dan platform pembelajaran maya yang menyediakan sambungan Internet berkelajuan tinggi serta akses kepada Penyelesaian Pembelajaran Bersepadu

SMK Lepar Hilir turut menerima manfaat 1bestariNet ini. Projek ini akan melibatkan pemasangan prasarana internet berkelajuan tinggi sehinggga 10Mb/s menggunakan fiber optic.

Pembekal TELAH membina satu menara capaian tanpa wayar dengan liputan seluas 1 km radius. Mereka telah membina menara tersebut di hadapan Dewan Seri bestari sekolah. Manakala rangkaian di makmal-makmal ICT dan pusat akses akan dipasang dengan rangkaian  LAN yang dipertingkatkan.

Segala perisian serta aplikasi keselamatan akan dinaiktaraf bagi memastikan persekitaran yang selamat dan selesa buat pelajar dan guru.


Sekilas Pandang

Prestasi Schoolnet yang diperkenalkan pada tahun 2005 kurang memberangsangkan. Oleh itu, Kementerian Pelajaran Malaysia memperkenalkan satu platfom baru bagi menggantikan sistem rangkaian tersebut.

1bestarinet merupakan satu evolusi daripada rangkaian Schoolnet  yang tamat pada 2010. Sistem ini dijangka akan mula beroperasi sepenuhnya pada 2013 melibatkan 10 000 buah sekolah terpilih di seluruh negara. Rangkaian akan dipasang secara End to End (E2E) dengan liputan yang lebih luas.

Projek ini akan mengintergasikan semua yang berada dalam sistem pendidikan, termasuk ibu bapa serta komuniti. Sistem rangkaian ini akan menyediakan prasarana terbaik untuk mempromosikan perbelajaran secara maya kepada pelajar (Virtual Learning Environment).

Kontrak projek bernilai RM 1.5 billion ini telah dianugerahkan kepada syarikat YTL selama 5+5+5 tahun dalam usaha menyediakan infrastuktur canggih bagi mencapai matlamat NKRA pendidikan .

Maklumat rasmi projek 1bestarinet  akan dikemaskini dari masa ke semasa. Sila layari http://1bestarinet.net/




Bagaimanakah guru dan pelajar diberi sokongan sepanjang pelaksanaan projek 1BestariNet?





Laman Komuniti Frog dalam Frog VLE adalah satu ruang yang disediakan untuk memberi sokongan kepada guru-guru melalui penyediaan tutorial video, buku panduan latihan serta buku panduan pengguna yang dapat membantu mereka memahirkan diri dengan kemahiran baru Frog. 


Di Laman Komuniti Frog, guru-guru boleh mendapatkan idea-idea baru serta berkongsi amalan terbaik dan cerita-cerita kejayaan dengan bersambung dengan para pendidik lain di seluruh negara. Mereka juga boleh mencari kumpulan berdasarkan subjek yang diminati, atau membuat kumpulan sendiri, menjemput guru-guru lain untuk menyertai kumpulan, blog, menghantar mesej dan terlibat dalam forum. 

Lebih daripada itu, Laman Komuniti Frog turut menyediakan sumber dan material lain sebagai cabaran dan inspirasi untuk golongan pendidik.The Pond adalah portal pelajar yang boleh diakses melalui Frog VLE dan ia menyediakan sumber-sumber yang boleh dipelajari oleh Frog Student Champions dan membantu mereka untuk memacu penggunaan Frog VLE di kalangan sesama pelajar.

Tidak setakat itu, The Pond juga adalah ruangan untuk pelajar menyertai pertandingan, melayari pautan pendidikan, video, permainan dan tip-tip, serta mengetahui tentang perkembangan Juara Pelajar Lain di Wall of Fame. Sebagai tambahan, para pelajar boleh bersambung dengan rakan sebaya serta berkongsi idea dan menyatakannya di dalam The Voice, satu bahagian dalam The Pond yang memberi ruang untuk para pelajar mengemukakan pendapat mereka.




0 comments:

Post a Comment