Ceramah Klik Dengan Bijak SKMM Di SMK Lepar Hilir Gambang Kuantan
Gambar Program Klik Dengan Bijak di SMK Lepar Hilir sempena Hari Koperasi SMK Lepar Hilir Jun lalu
Kebaikan jalur lebar memberi manfaat kepada saluran Internet yang mampu 
memperkasakan masyarakat berilmu selain menjadikan teknologi maklumat 
dan komunikasi atau Information and Communication Technologies (ICT) 
sebagai pemangkin minda negara. Internet menjadi komponen utama dalam 
kehidupan seharian dan penggunaannya akan bertambah pada masa akan 
datang. 
  
            Hanya dengan satu klik, segala keperluan harian dapat 
dilakukan dalam sekelip mata. Namun begitu, penggunaan Internet juga 
boleh mendatangkan keburukan sekiranya ia disalahgunakan. Oleh itu, 
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah melancarkan 
sebuah Kempen Klik Dengan Bijak pada 1 Julai 2012.
              Konsep Klik Dengan Bijak adalah berdasarkan kepada Rukun 
Negara ‘kesopanan dan kesusilaan’ yang selari dengan Matlamat Dasar 
Kebangsaan di bawah Akta Komunikasi Multimedia 1998. Matlamat ini 
bertujuan membina sebuah masyarakat bertamadun, memupuk kandungan 
kebudayaan masyarakat tempatan, memastikan keuntungan untuk jangkamasa 
yang lama kepada pengguna, memupuk keyakinan pengguna dan mewujudkan 
persekitaran aplikasi yang kuat dan sihat.  
 
Klik Dengan Bijak telah diadakan di Dewan Seri Bestari SMK Lepar Hilir pada Jun 2013 lalu. Hanya pada malam ini saya baru berkesempatan memuat naik berita ini.
Untuk gambar lain boleh ke webblog PI1M Lepar Hilir klik di sini
Monday, October 07, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)










 
0 comments:
Post a Comment