Blog Rasmi

SMK Lepar Hilir

Pages

Sunday, July 07, 2013

MAKLUMAT AM SPM 2013

MAKLUMAT AM SPM 2013

PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2013


MAKLUMAT AM

1. TARIKH PEPERIKSAAN
6 NOVEMBER HINGGA 5 DISEMBER 2013

2. SYARAT KELAYAKAN CALON
Calon Sekolah

(a) Murid tingkatan lima (5) Sekolah Kerajaan/Sekolah Bantuan Kerajaan/Sekolah Agama Bantuan Kerajaan/Sekolah di bawah agensi Kerajaan selain Kementerian Pelajaran Malaysia/Sekolah Menengah Agama Negeri/Sekolah Swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia /Sekolah Menengah Agama Rakyat, dan

(b) Telah mencapai umur 16 tahun pada 1 Januari tahun peperiksaan SPM.

Calon Persendirian

(a) Pernah menduduki peperiksaan SPM/SPM(V)/SPVM/MCE, atau

(b) Telah menduduki PMR sekurang-kurangnya satu (1) tahun sebelum mendaftar untuk menduduki Peperiksaan SPM, atau

(c) Telah mencapai umur 17 tahun pada 1Januari tahun peperiksaan SPM.

(d) Calon yang pertama kali menduduki peperiksaan SPM dan ingin mendaftar untuk mata pelajaran Bahasa Melayu sahaja hendaklah mendapat kebenaran khas bertulis daripada Pengarah Peperiksaan.



3. BORANG PENDAFTARAN
Calon Sekolah
Borang Pendaftaran boleh didapati di sekolah tempat calon mendaftar.
Calon Persendirian
Borang Pendaftaran boleh didapati di Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri tempat calon akan mengambil peperiksaan.


4. PENDAFTARAN PEPERIKSAAN
Calon Sekolah dan Calon Persendirian
Pendaftaran bagi calon sekolah dan calon persendirian bermula daripada
1 Mac hingga 31 Mac 2013.



5. YURAN
(a) Calon sekolah di Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan dikecualikan daripada bayaran yuran peperiksaan.
(b) Calon sekolah swasta dikenakan bayaran yuran peperiksaan bagi tahun peperiksaan. Bayaran hendaklah dibuat melalui sekolah dengan menggunakan kiriman wang/wang pos/draf bank atas nama Pengarah Pelajaran Negeri. Bayaran tunai atau cek persendirian tidak diterima.
(c) Calon persendirian dikenakan bayaran yuran peperiksaan bagi tahun peperiksaan. Bayaran hendaklah dibuat dengan menggunakan kiriman wang/wang pos/draf bank atas nama Pengarah Pelajaran Negeri. Bayaran tunai atau cek persendirian tidak diterima. 
(d) Bayaran yuran peperiksaan tidak akan dikembalikan kecuali dalam hal yang ditentukan oleh Pengarah Peperiksaan.



6. PERTANYAAN
Semua pertanyaan tentang pendaftaran peperiksaan SPM 2013 hendaklah dirujuk kepada Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri tempat calon mengambil peperiksaan.


0 comments:

Post a Comment