Blog Rasmi

SMK Lepar Hilir

Pages

Monday, July 22, 2013

Peperiksaan Percubaan PMR 2013 Semoga Anda Berjaya

Peperiksaan Percubaan PMR 2013 Semoga Anda Berjaya




Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada pelajar SMK Lepar Hilir, Peperiksaan Percubaan PMR 2013 akan bermula pada 29 Julai 2013.  Semoga anda telah bersedia dengan bekalan secukupnya untuk menjawab soalan-soalan yang pasti ada jawapannya. 
 Walaupun sedang berpuasa jangan jadikan sebagai alasan untuk kurang bersedia kerana lapar dan dahaga kerana ingatlah bahawa orang-orang terdahulu berjuang menegakkan agama di bulan Ramadhan yang penuh berkah ini. 

 Bersungguh-sungguhlah dari sekarang sebelum dihimpit masa yang sempit menjelang masa peperiksaan sebenar. Persiapan awal amat diperlukan untuk mencapai kejayaan yang sempurna.

Kami warga pendidik SMK Lepar Hilir mengharapkan yang terbaik dan kejayaan untuk anda semua.
Pihak sekolah mendoakan semoga anda berjaya membuktikan bahawa anda  boleh cemerlang, selamat berjuang wahai anak didikku. Insya Allah.. اللهم اجعلنا من الناجحين والفائزين في الإمتحان يا الله

0 comments:

Post a Comment