Blog Rasmi

SMK Lepar Hilir

Pages

Monday, June 24, 2013

Ceramah Isra' Mikraj SMK Lepar Hilir 2013

Ceramah Isra' Mikraj SMK Lepar Hilir 2013



Pada Hari Jumaat, 21/6/2013, Unit Bina Insan SMK Lepar Hilir telah menjemput Ustaz Mohd Sufian bin Majid dari KIPSAS untuk  menyampaikan Ceramah Isra' Mikraj.

Isi ceramah banyak memfokuskan kepada amalan dan balasan terhadap dosa-dosa yang telah dilakukan oleh manusia yang mana setiap balasan tersebut telah disaksikan sendiri oleh Rasulullah SAW dalam peristiwa Isra' dan Mi'raj.


Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada ustaz Sufian di atas kesudian beliau hadir ke SMK Lepar Hilir. Pihak SMK Lepar Hilir mengucapkan jutaan terima kasih buat Unit Bina Insan  kerana telah mengelolakan suatu pengisian buat memperingati peristiwa bersejarah dalam Islam iaitu Isra' dan Mi'raj.

2 comments: