Thursday, October 17, 2013
Nak Tahu Apa itu 1bestarinet?
10/17/2013 07:42:00 pm
1BestariNet, Berita HEM, Frog VLE, Guru SMKLH, Hal Ehwal Murid, Haluan Kerja Pendidikan, ICT, KPM, Kurikulum, Muat turun untuk guru
No comments
Nak Tahu Apa itu 1bestarinet?
1BestariNet adalah projek yang diinisiatifkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan dilaksanakan dengan kerjasama YTL Communications.
Di bawah projek ini, sebanyak 10,000 buah sekolah rendah dan menengah di Malaysia akan dilengkapkan dengan akses internet berkelajuan tinggi 4G dan platform pembelajaran maya yang menyediakan sambungan Internet berkelajuan tinggi serta akses kepada Penyelesaian Pembelajaran Bersepadu
SMK Lepar Hilir turut menerima manfaat 1bestariNet ini. Projek ini akan melibatkan pemasangan prasarana internet berkelajuan tinggi sehinggga 10Mb/s menggunakan fiber optic.
Sekilas Pandang
Kontrak projek bernilai RM 1.5 billion ini telah dianugerahkan kepada
syarikat YTL selama 5+5+5 tahun dalam usaha menyediakan infrastuktur
canggih bagi mencapai matlamat NKRA pendidikan .
Maklumat rasmi projek 1bestarinet akan dikemaskini dari masa ke semasa. Sila layari http://1bestarinet.net/
Bagaimanakah guru dan pelajar diberi sokongan sepanjang pelaksanaan projek 1BestariNet?
Laman Komuniti Frog dalam Frog VLE adalah satu ruang yang disediakan untuk memberi sokongan kepada guru-guru melalui penyediaan tutorial video, buku panduan latihan serta buku panduan pengguna yang dapat membantu mereka memahirkan diri dengan kemahiran baru Frog.
Di Laman Komuniti Frog, guru-guru boleh mendapatkan idea-idea baru serta berkongsi amalan terbaik dan cerita-cerita kejayaan dengan bersambung dengan para pendidik lain di seluruh negara. Mereka juga boleh mencari kumpulan berdasarkan subjek yang diminati, atau membuat kumpulan sendiri, menjemput guru-guru lain untuk menyertai kumpulan, blog, menghantar mesej dan terlibat dalam forum.
Lebih daripada itu, Laman Komuniti Frog turut menyediakan sumber dan material lain sebagai cabaran dan inspirasi untuk golongan pendidik.The Pond adalah portal pelajar yang boleh diakses melalui Frog VLE dan ia menyediakan sumber-sumber yang boleh dipelajari oleh Frog Student Champions dan membantu mereka untuk memacu penggunaan Frog VLE di kalangan sesama pelajar.
Tidak setakat itu, The Pond juga adalah ruangan untuk pelajar menyertai pertandingan, melayari pautan pendidikan, video, permainan dan tip-tip, serta mengetahui tentang perkembangan Juara Pelajar Lain di Wall of Fame. Sebagai tambahan, para pelajar boleh bersambung dengan rakan sebaya serta berkongsi idea dan menyatakannya di dalam The Voice, satu bahagian dalam The Pond yang memberi ruang untuk para pelajar mengemukakan pendapat mereka.
1BestariNet adalah projek yang diinisiatifkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan dilaksanakan dengan kerjasama YTL Communications.
Di bawah projek ini, sebanyak 10,000 buah sekolah rendah dan menengah di Malaysia akan dilengkapkan dengan akses internet berkelajuan tinggi 4G dan platform pembelajaran maya yang menyediakan sambungan Internet berkelajuan tinggi serta akses kepada Penyelesaian Pembelajaran Bersepadu
SMK Lepar Hilir turut menerima manfaat 1bestariNet ini. Projek ini akan melibatkan pemasangan prasarana internet berkelajuan tinggi sehinggga 10Mb/s menggunakan fiber optic.
Pembekal TELAH membina satu menara capaian tanpa wayar dengan liputan
seluas 1 km radius. Mereka telah membina menara
tersebut di hadapan Dewan Seri bestari sekolah. Manakala rangkaian di makmal-makmal
ICT dan pusat akses akan dipasang dengan rangkaian LAN yang
dipertingkatkan.
Segala perisian serta aplikasi keselamatan akan dinaiktaraf bagi
memastikan persekitaran yang selamat dan selesa buat pelajar dan guru.
Sekilas Pandang
Prestasi Schoolnet yang diperkenalkan pada tahun 2005 kurang
memberangsangkan. Oleh itu, Kementerian Pelajaran Malaysia
memperkenalkan satu platfom baru bagi menggantikan sistem rangkaian
tersebut.
1bestarinet merupakan satu evolusi daripada rangkaian Schoolnet
yang tamat pada 2010. Sistem ini dijangka akan mula beroperasi
sepenuhnya pada 2013 melibatkan 10 000 buah sekolah terpilih di seluruh
negara. Rangkaian akan dipasang secara End to End (E2E) dengan liputan yang lebih luas.
Projek ini akan mengintergasikan semua yang berada dalam sistem
pendidikan, termasuk ibu bapa serta komuniti. Sistem rangkaian ini akan
menyediakan prasarana terbaik untuk mempromosikan perbelajaran secara
maya kepada pelajar (Virtual Learning Environment).
Maklumat rasmi projek 1bestarinet akan dikemaskini dari masa ke semasa. Sila layari http://1bestarinet.net/
Bagaimanakah guru dan pelajar diberi sokongan sepanjang pelaksanaan projek 1BestariNet?
Laman Komuniti Frog dalam Frog VLE adalah satu ruang yang disediakan untuk memberi sokongan kepada guru-guru melalui penyediaan tutorial video, buku panduan latihan serta buku panduan pengguna yang dapat membantu mereka memahirkan diri dengan kemahiran baru Frog.
Di Laman Komuniti Frog, guru-guru boleh mendapatkan idea-idea baru serta berkongsi amalan terbaik dan cerita-cerita kejayaan dengan bersambung dengan para pendidik lain di seluruh negara. Mereka juga boleh mencari kumpulan berdasarkan subjek yang diminati, atau membuat kumpulan sendiri, menjemput guru-guru lain untuk menyertai kumpulan, blog, menghantar mesej dan terlibat dalam forum.
Lebih daripada itu, Laman Komuniti Frog turut menyediakan sumber dan material lain sebagai cabaran dan inspirasi untuk golongan pendidik.The Pond adalah portal pelajar yang boleh diakses melalui Frog VLE dan ia menyediakan sumber-sumber yang boleh dipelajari oleh Frog Student Champions dan membantu mereka untuk memacu penggunaan Frog VLE di kalangan sesama pelajar.
Tidak setakat itu, The Pond juga adalah ruangan untuk pelajar menyertai pertandingan, melayari pautan pendidikan, video, permainan dan tip-tip, serta mengetahui tentang perkembangan Juara Pelajar Lain di Wall of Fame. Sebagai tambahan, para pelajar boleh bersambung dengan rakan sebaya serta berkongsi idea dan menyatakannya di dalam The Voice, satu bahagian dalam The Pond yang memberi ruang untuk para pelajar mengemukakan pendapat mereka.
Friday, October 11, 2013
Salam Aidil Adha 1434 Hijrah 2013 Masihi

Dan bagi tiap-tiap umat, Kami syari`atkan ibadat menyembelih korban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka binatang-binatang ternak yang disembelih itu. Kerana Tuhan kamu semua ialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kamu tunduk taat kepadaNya dan sampaikanlah berita gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang tunduk taat.
Surah Al Hajj Ayat 34

Bermula dari pengorbanan cinta Siti Sarah, bertitiktolak dari pengorbanan kasih Siti Hajar...
Ibrahim a.s dan Ismail a.s menempa sejarah agung pengorbanan manusia yang tidak terbayangkan.
Di hari yang mulia ini, mari kita maknai dengan takbir, tahmid dan takbir...
Agar 'ruh' pengorbanan keluarga Ibrahim a.s mampu memutik 'ibrah...
Memarak semangat pengorbanan untuk agama tercinta ini.
Melangkah dengan ikhtiar yang mapan...
Beriring sangka baik dan kepasrahan yang tuntas kepada Ar Rahman..
Walau hakikatnya, kita terhijab dari mengetahui keberhasilannya di masa depan...
Kerana yang pasti hanya DIA Maha Mengetahui...
Hikmah yang mengintai di sebalik setiap ujian dan cabaran.
Di
sebalik payah dan susah, pasti ada penghujung yang indah. Kepada ALLAH
kita berserah, moga lelah hari ini akan berakhir kerehatan abadi...di
Syurga ILAHI, ameen Ya Rabb.
Justeru, jangan sangsi dan ragu, tawakal dan redalah pada TUHANmu.
Monday, October 07, 2013
Program Aku Nak Sihat Pejabat Kesihatan Kuantan PPD Kuantan di SMK Lepar Hilir

Program Aku Nak Sihat ini adalah anjuran Pejabat Kesihatan Kuantan dengan PPD Kuantan - Unit PPdA telah diadakan di SMK Lepar Hilir pada 25 September, Rabu lalu di Dewan Seri Bestari. SMK Lepar Hilir telah dipilih menjadi tuan rumah program peringkat daerah ini. Terima kasih kepada semua pihak yang sudi menjayakan program ini.

Solat Hajat Perdana dan Tahlil PMR SPM SMK Lepar Hilir 2013

Solat Hajat Perdana dan Tahlil di adakan di SMK Seri Lepar Hilir bertempat Surau SMK Lepar Hilir pada Hari Jumaat, 27/09/2013. Majlis bermula dari pukul 6.30 petang untuk pelajar-pelajar SMK Lepar Hilir yang akan menduduki PMR dan SPM tahun ini dengan kerjasama Kelab Mahasiswa Paya Besar (KMPB) dan Gabungan Pelajar Malaysia Semenanjung (GPMS).
Program ini berakhir lebih kurang pukul 10.30 malam. Terima kasih kami ucapkan kepada semua pihak yang menjayakan program ini.

Program Motivasi Pecutan Akhir Calon PMR Bersama Siswa UMP
10/07/2013 01:27:00 am
Berita HEM, Berita SMKLH, Hal Ehwal Murid, PMR, Unit Bimbingan dan Kaunseling
No comments
Program Motivasi Pecutan Akhir Calon PMR Bersama Siswa UMP
Program Motivasi Pecutan Akhir Calon PMR Bersama Siswa UMP telah diadakan 2 minggu sebelum PMR bermula. Terima kasih diucapkan atas kerjasama semua pihak dalam menjayakan program ini. Kehadiran Encik Za'aber, Pengurus Felda Lepar Hilir 1 dan 4 bersama Pengerusi PIBG SMK Lepar Hilir, sangat dihargai.
Terima kasih kepada PERSIS Pembimbing Rakan Siswa Universiti Malaysia Pahang dan Kaunselor Pelajar UMP di atas kesudian mereka hadir mengadakan program ini. Smeoga jalinan di antara UMP dan SMK Lepar Hilir akan terus mekar pada masa-masa akan datang

Sambutan Kemerdekaan Malaysia Peringkat Sekolah SMK Lepar Hilir 2013

Suara tuntutan kemerdekaan telah lama kedengaran. Malangnya setelah Jepun menyerah kalah pada 15 Ogos 1945 apabila Hiroshima dan Nagasaki dibom, penjajah Inggeris kembali ke Tanah Melayu dengan niat menjadikan Tanah Melayu sebagai sebuah koloni. Begitulah sedikit sedutan sejaran kemerdekaan Malaysia.
SMK Lepar Hilir telah mengadakan sambutan Kemerdekaan Malaysia pada September lalu di Dewan Seri Bestari. Pelbagai aktiviti telah diadakan pada hari tersebut

Ceramah Klik Dengan Bijak SKMM Di SMK Lepar Hilir Gambang Kuantan

Gambar Program Klik Dengan Bijak di SMK Lepar Hilir sempena Hari Koperasi SMK Lepar Hilir Jun lalu
Kebaikan jalur lebar memberi manfaat kepada saluran Internet yang mampu memperkasakan masyarakat berilmu selain menjadikan teknologi maklumat dan komunikasi atau Information and Communication Technologies (ICT) sebagai pemangkin minda negara. Internet menjadi komponen utama dalam kehidupan seharian dan penggunaannya akan bertambah pada masa akan datang.

Sunday, October 06, 2013
MUAT TURUN DOKUMEN STANDARD PRESTASI TINGKATAN 2
10/06/2013 07:27:00 am
Kurikulum, Muat turun untuk guru, PBS, Peperiksaan, Unit Peperiksaan
No comments
MUAT TURUN DOKUMEN STANDARD PRESTASI TINGKATAN 2
| Bahasa Melayu | KLIK DI SINI |
| Bahasa Inggeris | KLIK DI SINI |
| Bahasa Cina | KLIK DI SINI |
| Matematik | KLIK DI SINI |
| Sains | KLIK DI SINI |
| Pendidikan Seni Visual | KLIK DI SINI |
| Pendidikan Jasmani dan Kesihatan | KLIK DI SINI |
| Pendidikan Islam | KLIK DI SINI |
| Pendidikan Moral | KLIK DI SINI |
| Pendidikan SiVik dan Kewarganegaraan | KLIK DI SINI |
| Sejarah | KLIK DI SINI |
| Geografi | KLIK DI SINI |
| Kemahiran Hidup Bersepadu | |
| - 76: Kemahiran Teknikal | KLIK DI SINI |
| - 77: Ekonomi Rumah Tangga | KLIK DI SINI |
| - 78: Pertanian | KLIK DI SINI |
| - 79: Perdagangan Dan Keusahawanan | KLIK DI SINI |
Saturday, October 05, 2013
Tutorial Frog-vle Buatmu Guru
10/05/2013 05:08:00 pm
1BestariNet, Frog VLE, Muat turun untuk guru, Muat Turun Untuk Pelajar
1 comment
Tutorial Frog-vle Buatmu Guru
As-Salamualaikum dan selamat sejahtera. Di sini saya share bagaimana menggunkan online Learning Frog VLE. Sebelum ini admin ada memberi pengenalan kepada sistem FROG VLE, untuk mereka yang perlukan info dan rujukan tentang apakan FROG VLE, boleh rujuk di SINI. http://smk-leparhilir.blogspot.com/2013/10/nak-tahu-apa-itu-1bestarinet.html
Edaran ID dan password FROG telah diberi kepada guru SMK Lepar Hilir oleh Puan Mesliah Misron Guru Data . Penyerahan diberikan smeasa taklimat Simulasi Keberhasilan Guru oleh Puan Norilah Binti Adam, GPK Pentadbiran SMK Lepar Hilir seterusnya taklimat Frog-vle oleh Encik Azhar Awang Maharum, GPK HEM SMK Lepar Hilir.
Program diadakan di Bilik Persidangan SMK Lepar Hilir pada pukul 3 petang Oktober lalu.
Walaubagaimanapun, para guru perlu masuk ke laman FROG terlebih dahulu untuk mendapat sedikit gambaran keseluruhan FROG.
Tutorial untuk pengguna admin.
- 1.4 Bagaimana menghasilkan kalendar sekolah
- 1.5 Bagaimana menghasilkan kalendar tempahan
- 2.8 Bagaimana menambah pengguna baru
- 2.9 Bagaimana menambah kumpulan baru
- 2.10 Bagaimana mengedit dashboard sekolah
- 2.11 Bagaimana mengakses saluran bantuan
- 3.0 Bagaimana pengguna Pentadbir frog berkongsi laman bidang pengguna pentadbir.
Tutorial untuk pengguna guru.
Video:
- 1.1 Pengenalan kepada projek 1BestariNet
- 1.2 Bagaimana membentuk pasukan Frog anda
- 1.3 Gambaran keseluruhan Frog VLE
- 1.6 Bagaimana mengedit dashboard anda
- 1.7 Bagaimana menggunakan kalender anda
- 1.8 Gambaran keseluruhan Booking Calendar
- 1.9 Bagaimana menghasilkan folder dan memuat naik fail
- 1.10 Bagaimana menghasilkan sumber P&P
- 1.11 Bagaimana berkongsi sumber P&P
- 1.12 Bagaimana mengakses e-mail anda
- 2.1 Bagaimana menggunakan sumber P&P sebagai tugasan
- 2.2 Bagaimana menghantar sumber P&P sebagai tugasan
- 2.4 Bagaimana menyemak tugasan
- 2.5 Bagaimana menggunakan dashboard sekolah
Tutorial untuk pengguna pelajar.
- 2.3 Bagaimana pelajar menyiapkan tugasan
- 3.8 Langkah permulaan dengan Frog.
- 3.10 Pengenalan kepada The Pond
- Memperkenalkan The Pond
- Memperkenalkan tuden Frog Champion
Sunday, September 29, 2013
Friday, September 27, 2013
Selamat menduduki Peperiksaan PMR anak-anak Lepar Hilir

Kepada anak-anak SMK Lepar Hilir yang bakal menempuh peperiksaan PMR pada 2 Oktober 2013 ini. Doa kami iringi untuk anak-anak.
Dua kerat pantun untuk kalian. Selamat Maju Jaya

Meluka tangan dahan semalu
Tertusuk pula dahan selumbar
Ujian Percubaan sudah berlalu
Hadapi pula peperiksaan sebenar
Tertusuk pula dahan selumbar
Bertampal ubat daun kemuning
Hadapi pula peperiksaan sebenar
Dalam debar doa diiring
Thursday, September 19, 2013
Soalan Jangkaan PMR Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Geografi 2013

Bahan bantu saat akhir menjelang PMR yang tinggal tak berapa hari saja lagi ni diusahakan oleh Majlis Guru Cemerlang Kebangsaan (MGCK) dengan kerjasama Kelas Cikgu Mariyam (KCM).
Modul Sejarah Cakna Akademik PMR 2013 Negeri Kelantan
Modul Sejarah Cakna Akademik
PMR 2013 Negeri Kelantan
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada calon PMR 2013, khususnya para pelajar SMK Lepar Hilir, semoga anda telah menyiapkan bekalan secukupnya. Pada entry ini saya kongsikan bahan Modul Cakna Akademik PMR 2013 yang boleh anda print out.
Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan melancarkan Modul Cakna Akademik PMR 2013 sebagai pendekatan baru bagi meningkatkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) sekolah di negeri tersebut. Pengarahnya Hussain Awang berkata modul itu merupakan satu daripada rujukan untuk guru melestari dan mendepani kecemerlangan akademik ke peringkat kebangsaan.

Subscribe to:
Posts (Atom)