Blog Rasmi

SMK Lepar Hilir

Doa Untuk MAS MH370

#DOAUNTUKMH370

Bantuan Khas Awal Persekolahan

Penyampaian Bantuan Khas Awal Persekolahan 2014 SMK Lepar Hilir Oleh ADUN Lepar YB Dato' Mohd. Shohaimi Bin Jusoh

Kursus Kepimpinan Organisasi Kelab Persatuan

Kursus Kepimpinan Organisasi Kelab Persatuan

Program Aku Nak Sihat

Program Aku Nak Sihat Pejabat Kesihatan Kuantan dan PPDA Kuantan di SMK Lepar Hilir 2013

Lawatan Penanda Aras ke SMK Seri Jengka 2013

Lawatan Penanda Aras ke SMK Seri Jengka 2013 Calon SPM dan PMR

KKTM Kuantan Industry Oriented Education Exhibition 2013

Lawatan Kerjaya Tingkatan 5L Ke KKTM

Kempen Jom Beli Dan Menang Koperasi SMKLH

Cabutan Bertuah Kempen Jom Beli Dan Menang Koperasi SMKLH

Pages

Showing posts with label Koperasi SMKLH. Show all posts
Showing posts with label Koperasi SMKLH. Show all posts

Sunday, November 10, 2013

Cabutan Bertuah Kempen Jom Beli dan Menang Koperasi SMKLH Kuantan

Cabutan Bertuah Kempen Jom Beli dan Menang Koperasi SMKLH Kuantan


Pada Hari Jumaat 8/11/2013 pukul 8.10 pagi telah diadakan Cabutan Bertuah Kempen Jom Beli dan Menang Koperasi SMKLH Kuantan di Dataran SMK Lepar Hilir. Peserta terdiri daripada 2 kategori iaitu pelajar dan guru serta staf.

Tahniah kepada yang berjaya dalam cabutan bertuah. Kepada yang tidak terpilih usahlah berdukacita, kerana ini semua rezki yang ditentukan oleh Tuhan. Marilah kita teruskan membeli dengan Koperasi kita, kalau bukan kita yang sokong koperasi kita siapa lagi kan...




Monday, October 07, 2013

Ceramah Klik Dengan Bijak SKMM Di SMK Lepar Hilir Gambang Kuantan

Ceramah Klik Dengan Bijak SKMM Di SMK Lepar Hilir Gambang Kuantan


Gambar Program Klik Dengan Bijak di SMK Lepar Hilir sempena Hari Koperasi SMK Lepar Hilir Jun lalu

Kebaikan jalur lebar memberi manfaat kepada saluran Internet yang mampu memperkasakan masyarakat berilmu selain menjadikan teknologi maklumat dan komunikasi atau Information and Communication Technologies (ICT) sebagai pemangkin minda negara. Internet menjadi komponen utama dalam kehidupan seharian dan penggunaannya akan bertambah pada masa akan datang. 

Sunday, August 25, 2013

GAMBAR MAJLIS PERPISAHAN ENCIK RAMLY GPK KOKO SMKLH GAMBANG

GAMBAR  MAJLIS PERPISAHAN ENCIK RAMLY GPK KOKO SMKLH KE SMV (PEND KHAS) KUANTAN

 
Tiap pertemuan pasti ada perpisahan. Itu adat, itu lumrah kehidupan. Begitulah rentetan perjalanan. Walau sukar untuk ditelan. Tapi kaki tetap mengorak jalan. Selagi hayat dikandung badan. Majlis Perpisahan Encik Ramly GPK Koko SMK Lepar Hilir telah diadakan apda 5 Julai 2013, pagi Jumaat yang mulia bulan lalu. Beliau telah bertukar ke SMV Pendidikan Khas Kuantan, Pahang. Hanya pada hari ini saya baru dapat upload gambar dan artikel ini .....


Thursday, August 01, 2013

MESYUARAT AGUNG KOPERASI SMK LEPAR HILIR 2013

MESYUARAT AGUNG KOPERASI SMK LEPAR HILIR 2013

 Mesyuarat Agung Koperasi SMK Lepar Hilir 2013.


 Agihan duit raya selepas Mesyuarat Agung Koperasi SMK Lepar Hilir 2013.

Mesyuarat Agung Koperasi SMK Lepar Hilir 2013 telah diadakan pada 25 Julai 2013, Khamis lalu di Dewan Seri Bestari. 
Mesyuarat dipengerusikan oleh Puan Siti Mariam Bt Baharudin, Pengetua SMK Lepar Hilir.

Koperasi sekolah merupakan salah satu daripada kegiatan ko-kurikulum yang terdapat di sekolah menengah. Penubuhannya perlu dilihat oleh pengetua dalam banyak sudut dan bukan sebagai pusat pembelian peralatan sekolah sahaja. Skop dan ruang sumbangan koperasi sekolah amat luas dan kejayaannya memenuhi kehendak dan keperluan anggotanya adalah kejayaan bersama.

Sebagai salah satu daripada fungsi koperasi berdaftar di Malaysia, matlamat penubuhan koperasi sekolah mampu mewujudkan persekitaran yang sihat terhadap pembangunan koperasi.


 Matlamat ini tidak akan tercapai tanpa penglibatan pengetua yang benar-benar memahami, menghayati dan melaksanakan ideologi koperasi. Kepentingan ini telah disuarakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam kertas kerjanya ‘Ke Arah Memantapkan Pengurusan Koperasi Sekolah’ semasa Perayaan Hari Koperasi Sekolah (PHKS) tahun 2002.

 Empat perkara pokok yang perlu ada untuk memastikan pengurusan koperasi berjalan dengan baik dan berkesan untuk warga koperasi sekolah merangkumi:

a. Penghayatan terhadap matlamat penubuhan koperasi sekolah;
b. Memahami dan menghayati jati diri koperasi, tadbir urus koperasi dan perundangan koperasi;
c. Melaksanakan peranan, hak, tanggungjawab dan kewajipan; dan
d. Amalan demokrasi dalam melaksanakan dasar pembangunan koperasi sekolah.





































Friday, June 28, 2013

Gambar Hari Kokurikulum SMK Lepar Hilir Part 1

Gambar Hari Koperasi dan Persatuan Kelab  SMK Lepar Hilir Part 1





Gambar Hari Koperasi SMK Lepar Hilir 2013.


Koperasi SMK Lepar Hilir, Gambang, Kuantan, Pahang Darul Makmur
telah mengadakan Hari Koperasi pada Rabu, 26 Jun 2013 ini. 

Pelbagai aktiviti menarik diadakan. 

Monday, June 24, 2013

Sambutan Hari Koperasi SMK Lepar Hilir 2013

Sambutan Hari Koperasi SMK Lepar Hilir 2013


Koperasi SMK Lepar Hilir, Gambang, Kuantan, Pahang Darul Makmur
 akan mengadakan Hari Koperasi pada Rabu, 26 Jun 2013 ini. 

Pelbagai aktiviti menarik diadakan. 

Tuesday, April 30, 2013

MAJLIS PERLANTIKAN DAN PENYERAHAN WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH DAN PENGAWAS KOPERASI SEKOLAH SMK LEPAR HILIR 2013

MAJLIS PERLANTIKAN DAN PENYERAHAN
 WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH DAN PENGAWAS KOPERASI SEKOLAH 
SMK LEPAR HILIR 2013

 Klik gambar untuk besarkan saiz imej gambar



Barisan Pengawas Pusat Sumber Sekolah dan Pengawas Koperasi Sekolah
SMK Lepar Hilir 2013


Alhamdulillah, Perlantikan  Pengawas Pusat Sumber Sekolah dan Pengawas Koperasi Sekolah dan Penganugerahan Watikah Perlantikan

SMK Lepar Hilir 2013
telah selamat berlangsung di Dewan Seri Bestari
SMK Lepar Hilir
pada 7.40 pagi Hari Isnin, 29 April 2013.

Sijil disampaikan oleh Puan Norilah Adam, Guru Penolong Kanan SMK Lepar Hilir
dan diiringi oleh Puan Junaidah Bt Busah, Ketua Bidang Teknikal Vokasional.










Saturday, April 20, 2013

KURSUS PEMANTAPAN KUALITI PENGAWAS PSS & PENGAWAS KOPERASI SMK LEPAR HILIR 2013

KURSUS PEMANTAPAN KUALITI PENGAWAS PSS & PENGAWAS KOPERASI SMK LEPAR HILIR 2013








Kursus Pemantapan Kualiti Pengawas PSS Dan Pengawas Koperasi SMK Lepar Hilir 2013 ini telah diadakan pada Hari Sabtu, 20 April 2013.

Program ini bemrula pukul 7.30 pagi dan tamat pada pukul 5.00 petang.

Kursus ini diadakan bagi mengembangkan potensi dan keyakinan pengawas Pusat Sumber dan Pengawas Sekolah dalam melaksanakan tugas yang diberikan.

Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan  program ini.