Pentaksiran Psikometrik (PPsi) ialah suatu kaedah yang digunakan secara sistematik untuk mengumpul maklumat yang menggambarkan tret psikologi.
Di SMK Lepar Hilir, Ujian Psikometrik ini telah dan sedang dijalankan oleh Guru Bimbingan Kaunseling SMK Lepar Hilir, Encik Mizam.
Pentaksiran Psikometrik
- Ujian untuk mengukur kebolehan semula jadi (innate ability) dan kebolehan yang diperoleh (acquired ability) daripada pengalaman dan persekitaran
- Tidak berasaskan kurikulum dan pengajaran-pembelajaran
- Kegunaan: Strategi Pengajaran-pembelajaran, Tujuan khusus / tertentu, Akauntabiliti dan Pengesanan
- Dibangunkan atas nasihat pakar psikometrik dan ahli psikologi
- Ditadbir mengikut keperluan, secara manual atau berkomputer oleh guru atau murid itu sendiri
- Tidak melaporkan prestasi
- Laporan dalam bentuk deskriptif
JENIS UJIAN
- Ujian Aptitud Am
- Ujian Aptitud Khusus
- Inventori Personaliti
Aptitud Am merupakan ukuran gabungan beberapa kebolehan
KONSTRUK APTITUD AM
- Visual - Ruang – Bukan verbal (Pintar ruang)
- Linguistik/Verbal (Pintar perkataan)
- Logik-matematik/Numerikal (Pintar nombor/penakulan)
- Minat dan Kecenderungan
- Mengenalpasti potensi murid dalam pembelajaran dan pekerjaan/karier
- Memantau tahap kebolehan umum murid untuk menceburi pelbagai bidang pendidikan, latihan dan pekerjaan di peringkat lokal dan global dengan fasiliti dan frasarana yang ada di sekelilingnya
- Tahun 6: Mendapatkan maklumat am tentang kemahiran asas murid dalam literasi dan numerasi
- Tingkatan 3: Mendapatkan maklumat am tentang pengetahuan dan kemahiran umum murid dalam berkomunikasi, berfikir, berinteraksi dengan persekitaran, manusia dan Penciptanya
- Tingkatan 5: Mendapatkan maklumat am tentang kemahiran spesifik murid
Tahun 6
- Wajib untuk semua murid di hujung tahun 6
- Dikendalikan oleh LP sepenuhnya
- Ujian tertutup
- Ujian Kertas Pensel/Pen atau komputer
- Tidak wajib kepada semua murid (secara sukarela)
- Dikendalikan oleh sekolah
- Ujian Kertas Pensel/Pen atau komputer
Aptitud khusus merujuk kepada kebolehan khusus yang berkaitan dengan potensi seseorang dalam sesuatu pekerjaan atau bidang dan dinamakan dengan pekerjaan atau bidang berkenaan
BATERI UJIAN
- Ujian Minat/Kecenderungan
- Ujian Bakat
- Muzik (Pintar muzik)
- Kinestatik - Jasmani (Pintar jasmani)
- Naturalis (Pintar naturalisme)
- Interpersonal (Pintar orang - pengalaman sosial)
- Intrapersonal (Pintar diri - refleksi kendiri)
- Kreativiti (Pintar minda)
- Membantu guru mengenal pasti kecenderungan, kekuatan/kelemahan, minat, bakat, kesediaan dan stail pembelajaran murid
- Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran
- Membantu guru memahami psikologi kanak-kanak
- Membantu murid mengenal potensi diri
- LP mengenalpasti konstruk, membina spesifikasi ujian, membina item dan menghasilkan manual penggunaan ujian
- Sekolah menjalankan ujian, memeriksa dan menggunakan hasil ujian untuk tujuan tertentu
- Manual ujian yang komprehensif dan mesra pengguna
- Hasil ujian dilapor
- Tahun 1 – Tingkatan 5 bagi mana-mana jenis ujian mengikut keperluan
- Tidak diwajibkan kepada semua murid
- Dijalankan pada awal tahun, pertengahan tahun dan akhir tahun
- Guru perlu diberi kursus kaedah pengendalian dan penggunaan ujian
- Ciri-ciri perilaku istimewa/unik dan stabil yang ada pada setiap individu serta berbezakannya dengan orang lain
TUJUAN INVENTORI PERSONALITI
- Mendapatkan maklumat tentang ciri-ciri perilaku istimewa/unik dan stabil yang ada pada setiap individu yang berbeza dengan orang lain
- Membantu guru mengenal pasti aspek-aspek sahsiah/personaliti individu murid supaya strategi pengajaran yang sesuai dapat digunakan
- Membantu murid memahami personaliti diri sendiri dan orang lain untuk tujuan berinteraksi
- Bukan untuk melabel murid tetapi untuk mempelajari stail pembelajaran
- Khidmat pakar psikologi diperlukan dalam pembinaan instrumen, pentadbiran ujian dan pentafsiran skor
- Kepakaran luar (universiti, perubatan, kebajikan masyarakat, kaunselor) diperlukan
- Berdasarkan manual yang komprehensif dan mesra pengguna
- Tahun 1 – Tingkatan 5 bagi mana-mana instrumen mengikut keperluan dan tidak berjadual
- Tidak diwajibkan kepada semua murid
- Perlu dikendalikan dengan cermat dan beretika oleh guru terlatih
- Secara manual atau berkomputer oleh guru atau murid itu sendiri
Maklumat Lanjut Berkaitan Pentaksiran Psikometrik ini sila klik:
1. Pentaksiran Psikometrik: Mengenal Pasti Minat dan Kecenderungan Murid
2. Pentaksiran Psikometrik: Inventori Tret Personaliti (ITP)
3. Pentaksiran Psikometrik: Inventori Minat Kerjaya (IMK)
4. Pendokumentasian
5. Borang Umum Profil Psikometrik
6. Borang Jawapan Psikometrik
2. Pentaksiran Psikometrik: Inventori Tret Personaliti (ITP)
3. Pentaksiran Psikometrik: Inventori Minat Kerjaya (IMK)
4. Pendokumentasian
5. Borang Umum Profil Psikometrik
6. Borang Jawapan Psikometrik
Sumber: Portal Rasmi Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia
0 comments:
Post a Comment