Istilah-istilah Headcount dan Penentuan Data
Di dalam melaksanakan program ini, anda akan menemui beberapa istilah
yang agak pelik yang digunakan sebagai rujukan dan sasaran. berikut
disenaraikan istilah-istilah tersebut dan maknanya:
- TOV - Take Off Value
(Markah rujukan bagi setiap pelajar)
- OTI - Operational Target Increment
(Markah sasaran bagi setiap pelajar mengikut peperiksaan)
- AR - Actual Result
(Markah sebenar yang diperolehi pelajar mengikut peperiksaan)
- ETR - Expected Target Result
(Markah sasaran yang akan diperolehi pelajar untuk PMR / SPM / peperiksaan akhir tahun)
Hanya
satu data sahaja digunakan untuk TOV dan ETR tetapi biasanya kita
memerlukan 3 data untuk OTI dan AR, disebut sebagai OTI1, OTI2, OTI3,
AR1, AR2 dan AR3. Penentuan data tersebut bergantung kepada PPD atau JPN
masing-masing. namun, saya membuat sedikit pengubahsuaian mengikut
keperluan sekolah saya. penentuan data yang saya berikan di bawah
hanyalah sebagai rujukan untuk para guru sekalian, tidak semestinya sama
dengan yang digunakan di sekolah anda.
*
Sila right klik pada imej, save picture as dan simpan di dalam komputer
anda. buka menggunakan mana-mana perisian untuk saiz yang lebih besar
dan jelas.
* Sila ubah tahun mengikut tahun semasa.
0 comments:
Post a Comment