Gambar Hari Koperasi SMK Lepar Hilir 2013.
Koperasi SMK Lepar Hilir, Gambang, Kuantan, Pahang Darul Makmur
telah mengadakan Hari Koperasi pada Rabu, 26 Jun 2013 ini.
Pelbagai aktiviti menarik diadakan.
“Sesungguhnya kerja besar menterjemahkan agenda besar transformasi negara ini bukan alang kepalang beratnya dan bukan calang-calang orang mampu menyempurnakannya. Justeru kerja pendidikan ini melibatkan jutaan murid yang berlainan paras rupa dan berbeza usia, jutaan ibu bapa yang berlainan cita rasa, ribuan cendekiawan yang bijak bermain bahasa dan ribuan orang yang pandai berkata-kata, maka guru, pengurus guru dan ketua guru hendaklah sentiasa menjaga air muka, mengawal amarah rasa, menyantunkan kata bicara, dan sentiasa bersabar dalam kerja usaha.”