Blog Rasmi

SMK Lepar Hilir

Doa Untuk MAS MH370

#DOAUNTUKMH370

Bantuan Khas Awal Persekolahan

Penyampaian Bantuan Khas Awal Persekolahan 2014 SMK Lepar Hilir Oleh ADUN Lepar YB Dato' Mohd. Shohaimi Bin Jusoh

Kursus Kepimpinan Organisasi Kelab Persatuan

Kursus Kepimpinan Organisasi Kelab Persatuan

Program Aku Nak Sihat

Program Aku Nak Sihat Pejabat Kesihatan Kuantan dan PPDA Kuantan di SMK Lepar Hilir 2013

Lawatan Penanda Aras ke SMK Seri Jengka 2013

Lawatan Penanda Aras ke SMK Seri Jengka 2013 Calon SPM dan PMR

KKTM Kuantan Industry Oriented Education Exhibition 2013

Lawatan Kerjaya Tingkatan 5L Ke KKTM

Kempen Jom Beli Dan Menang Koperasi SMKLH

Cabutan Bertuah Kempen Jom Beli Dan Menang Koperasi SMKLH

Pages

Friday, July 26, 2013

Salam Nuzul Quran Ramadhan 1434

Salam Nuzul Quran Ramadhan 1434


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Semalam, pada perhimpunan pagi Khamis, Ustazah Khazimah wail Unit Bina Insan SMKLH telah memberikan motivasi pagi berkaitan peristiwa Nuzul Quran. Kepada para pelajar SMK Lepar Hilir semoga anda menjadikan Hari Cuti Umum hari ini sebagai peluang membaca al Quran dan ibadah yang lain. Kepada calon PMR 2013, semoga anda mengambil peluang cuti 3 hari ini untuk emngulangkaji pelajaran. Manfaatkanlah masa muda dan amsa lapang kamu ini sebaiknya.

Nuzul al-Quran dan Lailatul Qadar                                 


Nuzul Al-Quran

 

Tuesday, July 23, 2013

CUTI PERISTIWA DAN CUTI BERGANTI SEMPENA HARI RAYA AIDIL FITRI TAHUN 2013

 SURAT SIARAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BILANGAN 16 TAHUN 2013 CUTI PERISTIWA DAN CUTI BERGANTI SEMPENA HARI RAYA AIDIL FITRI TAHUN 2013

CUTI PERISTIWA DAN CUTI BERGANTI

 SEMPENA HARI RAYA AIDIL FITRI TAHUN 2013


Muat Turun SURAT SIARAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BILANGAN 16 TAHUN 2013 CUTI PERISTIWA DAN CUTI BERGANTI SEMPENA HARI RAYA AIDIL FITRI TAHUN 2013









Monday, July 22, 2013

Peperiksaan Percubaan PMR 2013 Semoga Anda Berjaya

Peperiksaan Percubaan PMR 2013 Semoga Anda Berjaya




Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada pelajar SMK Lepar Hilir, Peperiksaan Percubaan PMR 2013 akan bermula pada 29 Julai 2013.  Semoga anda telah bersedia dengan bekalan secukupnya untuk menjawab soalan-soalan yang pasti ada jawapannya. 

Sunday, July 07, 2013

MAKLUMAT AM SPM 2013

MAKLUMAT AM SPM 2013

PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2013


MAKLUMAT AM

1. TARIKH PEPERIKSAAN
6 NOVEMBER HINGGA 5 DISEMBER 2013

2. SYARAT KELAYAKAN CALON
Calon Sekolah

(a) Murid tingkatan lima (5) Sekolah Kerajaan/Sekolah Bantuan Kerajaan/Sekolah Agama Bantuan Kerajaan/Sekolah di bawah agensi Kerajaan selain Kementerian Pelajaran Malaysia/Sekolah Menengah Agama Negeri/Sekolah Swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia /Sekolah Menengah Agama Rakyat, dan

(b) Telah mencapai umur 16 tahun pada 1 Januari tahun peperiksaan SPM.

Calon Persendirian

(a) Pernah menduduki peperiksaan SPM/SPM(V)/SPVM/MCE, atau

(b) Telah menduduki PMR sekurang-kurangnya satu (1) tahun sebelum mendaftar untuk menduduki Peperiksaan SPM, atau

(c) Telah mencapai umur 17 tahun pada 1Januari tahun peperiksaan SPM.

(d) Calon yang pertama kali menduduki peperiksaan SPM dan ingin mendaftar untuk mata pelajaran Bahasa Melayu sahaja hendaklah mendapat kebenaran khas bertulis daripada Pengarah Peperiksaan.



3. BORANG PENDAFTARAN
Calon Sekolah
Borang Pendaftaran boleh didapati di sekolah tempat calon mendaftar.
Calon Persendirian
Borang Pendaftaran boleh didapati di Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri tempat calon akan mengambil peperiksaan.


4. PENDAFTARAN PEPERIKSAAN
Calon Sekolah dan Calon Persendirian
Pendaftaran bagi calon sekolah dan calon persendirian bermula daripada
1 Mac hingga 31 Mac 2013.



5. YURAN
(a) Calon sekolah di Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan dikecualikan daripada bayaran yuran peperiksaan.
(b) Calon sekolah swasta dikenakan bayaran yuran peperiksaan bagi tahun peperiksaan. Bayaran hendaklah dibuat melalui sekolah dengan menggunakan kiriman wang/wang pos/draf bank atas nama Pengarah Pelajaran Negeri. Bayaran tunai atau cek persendirian tidak diterima.
(c) Calon persendirian dikenakan bayaran yuran peperiksaan bagi tahun peperiksaan. Bayaran hendaklah dibuat dengan menggunakan kiriman wang/wang pos/draf bank atas nama Pengarah Pelajaran Negeri. Bayaran tunai atau cek persendirian tidak diterima. 
(d) Bayaran yuran peperiksaan tidak akan dikembalikan kecuali dalam hal yang ditentukan oleh Pengarah Peperiksaan.



6. PERTANYAAN
Semua pertanyaan tentang pendaftaran peperiksaan SPM 2013 hendaklah dirujuk kepada Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri tempat calon mengambil peperiksaan.